Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
buy now pay later_ai

BNPL, Kutip Hutang, Pajakan Bakal Dikawal Selia – RUUKP 2025 Dijangka Diwartakan Hujung Tahun Ini

Diterbitkan September 5, 2025 oleh Amalina Athman

Dewan Negara pada 4 September 2025 telah meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP), yang akan meletakkan semua perkhidmatan kredit pengguna di bawah kawal selia Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) dalam Fasa 1 sebaik sahaja akta ini dikuatkuasakan.

Ini termasuk enam perkhidmatan yang sebelum ini tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak, seperti skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL), pemfaktoran, pajakan, kutipan hutang dan pengurusan hutang.

RUUKP dijangka diwartakan hujung tahun ini dan akan memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna melalui kawal selia caj keterlaluan serta amalan kutipan hutang yang beretika.

Pada masa sama, ia mewujudkan kerangka kawal selia yang konsisten bagi pemain industri kredit, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap sistem kewangan negara.

RUU ini, yang diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying akan menjadi sebuah akta induk yang akan diguna pakai oleh semua Pihak Berkuasa Pengawal Seliaan dan Penyeliaan (RSA) dalam memantau aktiviti kredit pengguna.

RUUKP turut membuka laluan kepada penubuhan SKP sebagai badan bebas yang mengawasi serta mengawal selia penyedia kredit.

SKP berperanan menasihati Menteri Kewangan berkaitan kredit pengguna, menasihati kerajaan dalam dasar kebangsaan berkaitan kredit pengguna, menggalakkan perlakuan adil dan bertanggungjawab oleh pemberi kredit, serta menyokong perkembangan industri kredit yang cekap dan telus.

Berkaitan

  • RUUKP 2025 Diluluskan, BNPL Kini Akan Dikawal Selia
  • RUU Kredit Pengguna 2025, Ini Yang Perlu Difahami
  • Transaksi BNPL Kini Cecah RM9.3 Bilion, Akaun Aktif Turut Meningkat
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY