Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MWC 2017: Blackberry KeyOne- Kemunculan Semula Rekaan Ikonik Papan Kekunci Fizikal QWERTY

BlackBerry 5G Mungkin Hadir Dengan Kamera Andalan

Diterbitkan April 4, 2021 ยท Dikemas kini April 4, 2021 oleh Helmi Samsuri

BlackBerry bukanlah nama yang asing dalam arena telefon pintar suatu ketika dahulu. Tetapi bermula pada awal Februari 2020, syarikat berkenaan telah memaklumkan bahawa tiada lagi penghasilan telefon pintar dari mereka. Ini kerana perjanjian bersama TCL telahpun berakhir.

Walaubagaimanapun, sekitar Ogos tahun lalu ia kembali mengejutkan peminat dengan pengumuman model versi 5G bakal hadir pada 2021. Lanjutan daripada itu, sedikit demi sedikit informasi mula kedengaran.

Terbaru, BlackBerry 5G dikhabarkan akan tampil dengan kamera bertaraf “andalan” (flagship). Difahamkan, kelengkapan kamera ini memungkinkan model telefon pintar tersebut dijual pada tanda harga yang lebih tinggi berbanding model-model terdahulu.

Ia juga dinyatakan akan disasarkan kepada pasaran pengguna serta perniagaan. Antara khabar angin lain yang bertiup ketika ini, BlackBerry 5G digambarkan hadir dengan rekaan papan kekunci ikonik “QWERTY” serta apa yang lebih jelas adalah keupayaan sambungan kepada rangkaian 5G.

Selepas berakhirnya lesen perjanjian bersama TCL, jenama BlackBerry dilaporkan telah bekerjasama dengan OnWard Mobility, sebuah syarikat mudah alih sekuriti yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Ia juga bergandingan dengan sebuah lagi syarikat iaitu FIH Mobile yang dikatakan bakal turut serta dalam pengeluaran telefon berkenaan.

Pasaran telefon pintar dunia cukup besar dimana hampir sebahagian besar daripada kita mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar. Namun begitu, CEO OnWardMobility berpandangan, penawaran terbaru mereka bakal mengisi ruang kekosongan dari aspek sekuriti yang lebih kuat serta berpaksikan produktiviti pengguna.

Sumber: PhoneArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY