Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
blackberry tcl

Kerjasama Dengan TCL Berakhir, Tiada Lagi Peranti BlackBerry Akan Dihasilkan

Diterbitkan Februari 4, 2020 ยท Dikemas kini Februari 4, 2020 oleh Meor Hasyim

Seperti yang diketahui umum, BlackBerry tidak menghasilkan peranti pintar mereka, sebaliknya TCL Communication yang diberikan lesen untuk penghasilannya. Modal bisnes ini adalah sama seperti syarikat HMD Global yang menghasilkan peranti untuk Nokia.

Untuk Blackberry, perjanjian penghasilan peranti bersama TCL bermula pada tahun 2016. Namun, nampaknya jodoh mereka tidak berpanjangan kerana BlackBerry baru sahaja mengumumkan perjanjian tersebut akan berakhir tidak lama lagi.

pic.twitter.com/jhcfVHjVqL

— BlackBerry Mobile (@BBMobile) February 3, 2020

Selepas 31 Ogos 2020, TCL tidak akan lagi menghasilkan peranti pintar BlackBerry kerana tiada lagi kebenaran atau merekabentuk, mengeluarkan dan memasarkan jenama berkenaan. Namun, dari segi sokongan perisian, servis pelanggan, serta waranti peranti tetap diteruskan sehingga 13 Ogos 2022 nanti.

Melalui TCL, BlackBerry telah mengeluarkan beberapa peranti ikonik yang unik seperti BlackBerry KEYone, Motion, KEY2 dan juga KEY2 LE. Selepas Tarikh 31 Ogos tahun ini, kemungkinan kita tidak lagi akan melihat peranti BlackBerry. Jika ada pengeluar lain yang mahu melesenkan pengeluaran jenama tersebut, yang itu masih lagi tidak dipastikan.

BlackBerry Mercury Akan Diperkenalkan Secara Rasminya 25 Februari Ini
Blackberry KEYone

Apa yang pasti, jenama ini akan berkubur semula menanti dibangkitkan kembali atau akan hilang terpahat di memori peminat mereka buat selama-lamanya.

Sumber: Blackberry Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY