Hari ini Black Shark Malaysia telah mengumumkan tarikh keramat pelancaran peranti ini untuk pasaran tempatan iaitu 4 Jun 2020 kelak. Menurut pihak Black Shark, mereka akan melancarkan peranti ini melalui Shopee memberikan petunjuk akan memberikan penawaran eksklusif seperti harga, hadiah percuma ataupun jualan kilat.
Harga peranti walau bagaimanapun sudah diketahui melalui pra tempahan daripada pihak DirectD sebelum ini. Harga jualan peranti ini adalah bermula RM3999 untuk varian 8GB/256GB manakala mencecah RM4,199 untuk varian 12GB/256GB.
Dengan pelancaran rasmi oleh pihak Black Shark Malaysia sendiri, mungkin kita dapat melihat harga jualan yang lebih eksklusif disertakan dengan aksesori permainan percuma.
Berbeza dengan Black Shark 3 biasa, Black Shark 3 Pro hadir dengan saiz lebih besar 7.1 inci Quad HD+ AMOLED bersama-sama kadar segar semula 90Hz. Selain itu, bateri juga lebih besar 5,000mAh berbanding 4,720mAh pada Black Shark 3 biasa. Menariknya varian Pro ini hadir dengan penawaran butang fizikal pada sisi peranti untuk kawalan permainan yang lebih imersif.
Spesifikasi lain peranti adalah sama sahaja iaitu Snapdragon 865 dengan sokongan rangkaian 5G. 3 kamera belakang dengan 64MP utama, 13MP sudut lebar, dan 5MP depth. Kamera swafoto bersaiz 20MP dan peranti turut dimuatkan dengan pengimbas cap jari optikal dalam skrin dan pembesar suara stereo.
Berkaitan
- vivo V19 Dilancarkan - Snapdragon 712, 6 Kamera Dan 4500mAh Dengan Pengecasan 33W
- Huawei P40 Akan Dilengkapi Skrin Rata, Huawei P40 Pro Pula Skrin Melengkung
- Huawei MatePad Pro Dilancarkan - Tablet Berkuasa Dengan Rekaan Kamera Berlubang
- Apple Menjual Roda Mac Pro Dengan Harga RM2,799
- MSI Umum 4 Model Komputer Riba Untuk Pengkarya Digital Professional
- OPPO A93 Akan Dilancarkan Di Malaysia 6 Oktober Ini - Menawarkan Sejumlah 6 Lensa Kamera
- Telefon Bajet Nokia 3.4 Dan Nokia 2.4 Dilancarkan - Menjanjikan Kemaskini Sehingga Android 12
- iPhone 11 Pro Edisi Terhad Disaluti Emas Diperkenalkan - Harga Hanya RM291,865
- Xiaomi Lancar Mi Display 1A - Monitor Bezel Nipis Mampu Milik Pada Harga Sekitar RM433
- Rangkaian Yoodo Sukar Diakses, Kini Dalam Proses Baik Pulih