Bersihkan Wall Facebook anda daripada "Post" Mengarut Tanpa Perlu Unfriend

Memang sangat menjengkelkan kalau "Wall Facebook" anda selalu dihujani pelbagai post yang tidak senonoh dan agak mengganggu isi kandungannya. Maklumlah kawan-kawan alam maya ni memang pelbagai karenahnya. Apa yang lebih memeningkan lagi sekiranya status yang di muat naik tersebut adalah daripada kenalan rapat kita, jika di "block" risau nanti akan ada yang terasa hati dan bermasam muka.

Jangan Risau, kepada yang masih belum tahu, berikut kami kongsikan kaedah untuk anda sekat kesemua post daripada rakan yang menjegkelkan tanpa perlu "unfriend" atau "block"

Langkah 1

Cari post daripada kawan yang ingin anda sekat, kemudian klik pada menu berikut.



Langkah 2

Kemudian klik pada fungsi "Unfollow".



Langkah 3

Selesai, maka semua post yang berkaitan dengan kawan anda tersebut tidak akan muncul lagi  pada wall Facebook anda.



 

Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.