Bersihkan "Sampah" Dalam PC Tanpa Sebarang Aplikasi

Untuk membersihkan komputer daripada sebarang "junk file", "browsing History" dan lain-lain, ramai yang memasang aplikasi pembersih daripada internet, contohnya seperti CC Cleaner. Tahukah anda bahawa aplikasi tersebut boleh dibuat sendiri dengan hanya menggunakan Notepad.

Antara kelebihan membina sendiri aplikasi ialah...

  • Bebas virus

  • mudah dan pantas, tidak sampai 3 minit

  • Jimat ruang harddisk, hanya bersaiz 6KB sahaja

  • dapat meningkatkan pengetahuan mengenai proses yang dijalankan oleh PC

  • Menyeronokkan


Berikut antara langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk membina apliksi "homemade" pembersih PC, istimewa daripada kami.

1."copy & paste" kod berikut pada Notepad PC anda. Klik sahaja pada link dibawah untuk menyalin kod

pembersih pc wiser




2.Seterusnya "Save As" dan namakannya sebagai "pencuci PC wiser.bat" kemudian pilih format "All files". Pilih lokasi yang sesuai untuk anda simpan fail tersebut.



3.Selesai, sekarang anda sudah anda aplikasi sendiri. Sila "double click"  pada fail tersebut untuk menjalankan proses pencucian.


Berikut paparan yang akan muncul, pilih dari nombor 1 sehingga 4 untuk menu pembersihan yang anda inginkan.




 

Semoga bermanfaat, selamat mencuba.