Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bermula 30 Januari, Pemain Fortnite iOS Tak Boleh ‘Labur’ Duit Kalau Tak Cukup Umur

Bermula 30 Januari, Pemain Fortnite iOS Tak Boleh ‘Labur’ Duit Kalau Tak Cukup Umur

Diterbitkan Januari 25, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Seperti yang kita tahu, permainan dalam talian Fornite telah pun dikeluarkan dari App Store bermula tahun 2020 kerana telah melanggar garis panduan Apple.

Aplikasi ini masih boleh dimuat turun dan dimain seperti biasa. Namun, ia akan menjadi lebih rumit dari yang sepatutnya.

Ini kerana Epic Games menyatakan bahawa beberapa ciri tidak akan lagi berfungsi untuk versi yang tidak dikemas kini.

Epic CEO teases Fortnite coming back to iOS as Apple is rumored to allow alternative app stores
Sumber: 9To5Mac

Bagi pemain Fornite yang menggunakan versi 13.40, mereka tidak lagi dapat menggunakan V-Bucks.

V-Bucks merupakan mata wang yang digunakan oleh pemain Fornite untuk membeli barang tambahan yang tersedia di dalam aplikasi tersebut.

Terdapat sebuah larangan baharu yang dikeluarkan juga di mana pengguna di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk bermain Fornite bermula 30 Januari ini.

We want all versions of our games to use the current suite of Epic Online Services including parental controls, purchasing defaults, and parental verification features. We are not able to update the app on these platforms given Apple and Google’s restrictions on Fortnite. (2/2)

— Fortnite Status (@FortniteStatus) January 23, 2023

Antara sebab larangan ini dinyatakan adalah kerana penggunaan versi Epic Online Services yang lama.

Versi lama ini menguruskan kawalan ibu bapa serta polisi pembelian di dalam permainan tersebut. Memandangkan Fornite telah pun dibuang dari App Store dan Google Play, sokongan untuk versi terkini semakin sukar untuk dikemas kini.

Berkaitan

  • Fortnite Dijangka Bakal Hadir Semula Ke iOS Tahun Ini
  • KKD Dijangka Umum Beberapa Penambahbaikan Pelaksanaan 5G Sebelum Hujung Mac Ini
  • Hampir Setahun Dilancar, Mungkin Tiada Lagi Siri Black Shark 5 Di Pasaran Global Lepas Ini
  • Aplikasi Natif WhatsApp Untuk macOS Sedia Dimuat Turun Sekarang
  • Bermula 1 Februari, Astro Tamatkan Beberapa Saluran Ini Termasuk National Geographic

Walau bagaimanapun, CEO syarikat Epic Games iaitu Tim Sweeney telah menyatakan bahawa aplikasi Fornite akan kembali untuk pengguna iOS semula pada tahun 2023.

Apple juga dikatakan akan mula membenarkan kedai dalam talian aplikasi pihak ketiga di iOS.

Sementara menunggu ‘keajaiban’ ini berlaku, pemain Fornite di iOS boleh menggunakan platform penstriman yang lain seperti GeForce NOW atau Xbox Cloud Gaming.

Sumber: 9To5Mac

Gambar utama: 9to5mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY