Samsung telah mula menyiarkan iklan TV untuk Galaxy S8 di Korea Selatan dengan lebih satu bulan sebelum ianya diperkenalkan secara rasmi. Penganalisis percaya bahawa ini mungkin disebabkan oleh kejayaan LG G6 yang dilancarkan pada awal tahun ini. Ini merupakan langkah yang jelas dari Samsung yang mahu memastikan LG G6 tidak benar-benar menguasai pasaran Korea sepenuhnya….
Kategori: Berita
Pembaca Meter Pintar Di Belanda Didapati Memberi Bacaan Kurang Tepat Sehingga 600%
Saintis Belanda telah mendapati bahawa pembaca meter pintar boleh menghasilkan bacaan kurang tepat sehingga 600% dari jumlah sebenar berbanding menggunakan pembaca elektromekanik. Kajian yang dijalankan oleh Universiti of Twente Enschede dan Universiti Sains Gunaan Amsterdam menguji 9 jenama pembaca meter pintar yang biasa dipasang di rumah-rumah di Belanda selama tempoh 6 bulan di dalam makmal….
Bandar Fukushima Yang Tercemar Akibat Radiasi Selamat Untuk Diduduki Semula
Enam tahun selepas bencana Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi di Jepun yang menyebabkan bandar Fukushima telah tercemar oleh kesan radiasi, beribu-ribu bekas penduduk yang dipindahkan sebelum ini beransur pulang ke rumah mereka. Tetapi adakah ia selamat? Satu kajian baru mengatakan ya, ianya selamat. Menurut satu kajian dari Fukushima Medical University, yang menunjukkan bahawa tahap radiasi sesium 37…
Xiaomi Redmi Pro 2 Bakal Dilancarkan Pada Penghujung Bulan Ini
Xiaomi Redmi Pro merupakan peranti percubaan dari Xiaomi dengan mengetengahkan paparan OLED buatan China dan tetapan dwi-kamera. Kini Xiaomi Redmi Pro 2 pula dilaporkan hadir tidak lama lagi. Menurut khabar angin, peranti ini akan dilancarkan pada penghujung bulan ini. Berdasarkan info yang tertiris sebelum ini, Xiamoi Redmi Pro bakal membuang ciri dwi-kamera menggantikan dengan sensor…
Jaket Pintar Ciptaan Google dan Levi’s Ini Tersangatlah Cool
Selepas Android Wear, Google sekali lagi memperkenalkan wearable terbaru mereka, tetapi kali ini sedikit berbeza. Google telah mempamerkan jaket pintar mereka dengan kerjasama Levi’s selepas hampir dua tahun mereka hadir dengan teaser yang bernama Projek Jacquard. Sebenarnya jaket pintar ini telah dipamerkan pada Google I / O tahun lepas lagi tetapi pada waktu itu ianya masih lagi…
Google Memisahkan Aplikasi Hangout Kepada ‘Meet’ Dan ‘Chat’
Google telah mengumumkan aplikasi pemesejan Hangout akan berpecah kepada dua iaitu Hangouts Meet dan Hangouts Chat. Kedua-dua servis ini akan menyasarkan untuk memudahkan persidangan video, mesyuarat dan mesej secara berkumpulan dari setiap pelusuk dunia, seperti yang sedang diketengahkan oleh pesaing terbesar mereka, Slack dan Microsoft. Hangouts Meet merupakan perkhidmatan persidangan video yang akan membenarkan sesebuah syarikat perniagaan membuat panggilan video…
