Satu syarikat startup telah memfailkan saman terhadap Apple Inc. kerana menggunakan teknologi dwi kamera mereka tanpa kebenaran. Corephotonics berkata yang Apple tidak diberikan kebenaran untuk menggunakan teknologi mereka yang telah dipatenkan di dalam peranti telefon pintar iPhone 7 Plus dan iPhone 8 Plus. Saman itu telah dilaporkan oleh Reuters di mahkamah persekutuan di San Jose…
Kategori: Berita
Intel Dan AMD Bekerjasama Dalam Menghasilkan Grafik Bersepadu Untuk Komputer Riba
AMD dan Intel merupakan seteru kuat apabila kita bercakap mengenai CPU desktop tetapi Intel masih lagi mendahului dalam kategori komputer riba. Untuk cip grafik yang digunakan oleh komputer riba pula, Nvidia kekal sebagai peneraju yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Untuk itu, AMD dan Intel akan bekerjasama secara rasmi bagi menghasilkan solusi berkenaan cip…
iPhone X Kalahkan Pixel 2 Dan Mate 10 Pro Dalam Penilaian Fotografi DxOMark Dengan Markah 101
Seperti biasa, setiap kali kemunculan telefon flagship baru di pasaran, ramai ternanti-nantikan markah DxOMark. Sebelum ini kita dapat lihat Google Pixel 2 mendapat markah paling tinggi untuk kamera telefon pintar dengan markah 98 secara kesuluruhan. Namun untuk markah fotografi, iPhone X menerima markah paling tinggi setakat ini dengan 101 markah menewaskan Huawei Mate 10 Pro…
Youtube Kini Menyokong Paparan Penuh Untuk iPhone X
Seperti mana yang diketahui umum, aplikasi di Youtube hanya memainkan video dalam paparan skrin penuh dengan nisbah 16:9. Nisbah 18:9 kini semakin menjadi tren di kalangan syarikat pembuat telefon pintar untuk membawakan skrin yang lebih besar. Jadi agak menjengkelkan apabila anda memiliki peranti telefon pintar dengan skrin besar nisbah 18:9. Video yang dimainkan masih lagi…
iPhone X Memerlukan RM 1509.79 Untuk Kos Pembuatan
iPhone X yang merupakan peranti telefon pintar Apple termahal pernah dikeluarkan dengan harga jualan bermula RM 5149 untuk pasaran Malaysia. Harga yang mahal ini tidak menghalang peminat produk Apple dari terus membelinya melihatkan sambutan hari pertama yang menggalakkan di seluruh dunia. Mengikut TechInsigts, mereka menganggarkan yang kos untuk membuat peranti iPhone X itu ialah RM…
CEO OnePlus Mendedahkan Harga Jualan Untuk Peranti OnePlus 5T Yang Bakal Keluar?
Dengan tarikh pelancaran peranti OnePlus 5T yang semakin menghampiri, khabar angin semakin bertiup kencang mengenai peranti terbaru dari OnePlus itu. Untuk mereka yang berminat mendapatkan peranti itu nanti, CEO OnePlus mungkin telah memberi sedikit maklumat tentang harga peranti tersebut dijual. Pada hari Ahad lepas, seorang peminat OnePlus telah bertanya kepada Lau melalui Weibo sekiranya 4,000…
