Syarikat pembangun pelayar dari Norway, Opera melancarkan pelayar AI baharu, Opera Neon yang direka khas untuk pengguna aktif menggunakan AI. Antara ciri utama Neon adalah Tasks, ciri untuk memudahkan penggunanya mengurus pelbagai laman web, dokumen, perbualan AI dan carian. Tasks menggabungkan tab, dokumen dan sembang AI dalam satu tempat yang dibantu bot sembang Neon Chat…
Kategori: Berita
Google Drive Kini Ada Ciri Pengesanan ‘Ransomware’
Google Cloud kini mengumumkan penambahbaikan pada Google Drive untuk Desktop dengan ciri pengesanan ransomware (perisian tebusan) berkuasa AI. Dengan ciri baharu ini, pengguna akan menerima notifikasi amaran di Google Drive (desktop) apabila ransomware dikesan pada peranti. Secara automatik, sistem akan menghentikan penyelarasan (syncing) fail ke perkhidmatan awan (cloud). Berbeza dengan penyelesaian tradisional yang memerlukan proses pengimejan…
AI Mode Dalam Google Search Kini Papar Hasil Carian Visual
Google kini menaik taraf ciri AI Mode untuk memberikan pengalaman carian yang lebih visual, terutamanya apabila mencari idea atau membeli-belah. Jika sebelum ini jawapan hanya dalam bentuk teks, kini AI Mode boleh memaparkan hasil carian berbentuk visual berdasarkan penerangan ringkas atau rujukan umum yang diberikan. Menariknya, pengguna juga boleh terus memperincikan penerangan dalam arahan (prompt)…
OpenAI Perkenal Sora – Aplikasi Video AI Mirip TikTok
OpenAI hari ini memperkenalkan Sora 2, model baharu penjana video AI yang hadir bersama aplikasi media sosial baharu dengan nama sama, Sora. Aplikasi ini mirip TikTok dengan paparan video yang boleh digerakkan satu per satu. Namun, berbeza dengan konsep duet atau gabungan video biasa, pengguna boleh merakam klip pendek yang kemudiannya boleh digunakan orang lain…
iPhone 11 Pro Max Kini Produk Vintaj
Apple kini menambah iPhone 11 Pro Max ke dalam senarai produk vintajnya, seperti dilaporkan MacRumors. Dilancarkan pada September 2019, iPhone 11 Pro Max merupakan model iPhone pertama yang menampilkan sistem tiga kamera belakang. Bersama versi lebih kecil, iPhone 11 Pro, model ini memperkenalkan penjenamaan “Pro” pada iPhone. Salah satu ciri menarik pada iPhone 11 Pro…
Hab Pengecasan Pantas Pertama PRO-NET Rasmi Di Tanjung Malim, Kadar RM0.80/kWh
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini melancarkan hab pengecasan pantas (DC Charging Hub) pertamanya di Tanjung Malim. Terletak di bangunan pentadbiran PROTON, kemudahan ini dilengkapi dua pengecas DC dan empat petak pengecasan dengan kuasa gabungan 120kW, membolehkan sehingga empat kenderaan elektrik (EV) dicas serentak. Tidak seperti fasiliti sebelum ini…
