Semalam kami ada melaporkan mengenai ura-ura permainan battle royale terkenal, PUBG yang dikatakan akan ke pasaran PlayStation 4(PS4) bulan hadapan. Hari ini muncul pula laporan mengenai tawaran PUBG secara percuma untuk pengguna Xbox. Ia dilihat sebagai salah satu strategi pemasaran bagi menggalakkan lebih ramai pengguna Xbox bermain permainan berkenaan. Microsoft sebelum ini telah menjanjikan sesuatu…
Kategori: Berita
Google Keluarkan Senarai 10 Peranti Android Terbaru Yang Menyokong ARCore
ARCore merupakan platform perisian yang dibangunkan oleh pihak Google dimana ia membolehkan aplikasi dengan augmented reality dihasilkan. Dengan adanya sokongan ARCore ini, pengguna boleh menggunakan kandungan animasi 3D melalui kamera telefon pintar. Fungsi ARCore telah dibawa ke beberapa peranti Android sebelum ini. Terbaru, Google telah mengumumkan senarai 10 lagi model telefon pintar Android terbaru yang menyokong…
Realme Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dengan Harga Yang Cukup Berpatutan
Permulaan dikenali sebagai OPPO Real pada 2010 di China, ia adalah sub jenama OPPO yang kemudiannya berpisah daripada syarikat itu dan dijenamakan sebagai Realme pada Mei yang lalu. Hari ini, bagi melebarkan lagi sayap untuk pasaran di Asia Tenggara, Realme sudah melancarkan tiga peranti mereka untuk pasaran Malaysia. Tiga model itu adalah Realme C1, Realme…
Huawei Lancarkan Koleksi GIF Hannah Delisha Eksklusif Untuk Siri Nova 3
Perhubungan kini lebih mudah dengan adanya pelbagai aplikasi permesejan tersedia untuk dimuat turun. Malah, ada di antaranya yang tidak memerlukan sebarang kos, cuma perlu ada sambungan internet sahaja untuk digunakan. Tambahan pula, mesej bukan sahaja disampaikan melalui penulisan tetapi boleh dinyatakan melalui cara-cara lain termasuk GIF. Bercakap mengenainya, Huawei baru-baru ini telah memperkenalkan koleksi GIF…
Peranti Kelas Permulaan Terbaik Huawei Bakal Dilancarkan Pada 11.11 Ini
Festival 11.11(11 Nov) sangat popular terutamanya bagi mereka yang gemarkan beli belah atas talian. Kebanyakan jenama yang terlibat akan mengadakan jualan murah pada produk-produk pilihan mereka sepanjang festival ini berlangsung. Namun, Huawei mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila memilih untuk melancarkan sebuah peranti baru pada tarikh berkenaan. Huawei Y9(2019), telefon kelas permulaan terbaik Huawei akan…
PUBG Dijangka Ke PlayStation 4 Bulan Hadapan
Konsol yang dibangunkan Microsoft, Xbox One hari ini muncul satu-satunya konsol yang menyokong permainan PUBG. Akan tetapi, permainan popular tersebut kini dilaporkan akan mengunjungi konsol PlayStation 4(PS4) pula. Menurut laporan IGN, PUBG berkemungkinan besar akan tiba di konsol keluaran Sony tersebut seawal bulan hadapan. Ini memandangkan terdapat dakwaan dari forum PSNProfiles di mana seorang pengguna…
