HONOR 10 telah dilancarkan pada bulan April tahun lepas dan kini selepas setahun ia dilancarkan, timbul ura-ura mengatakan bahawa generasi seterusnya, HONOR 20(atau HONOR 20 Pro) pula akan diperkenalkan pada bulan ini. Mengikut khabar angin yang tersebar sebelum ini, peranti itu dikatakan akan hadir dengan tetapan kamera utama tiga lensa. Ia seolah-olah akan menjadi kenyataan…
Kategori: Berita
Huawei Bersedia Menjual Cip Modem 5G Kepada Apple
Mate X merupakan telefon pintar pertama dari Huawei yang dilengkapi dengan keupayaan sambungan 5G menerusi modem Balong 5000. Pada awalnya, Huawei dilihat mahu mengkhususkan platform 5G itu hanya untuk produk keluaran mereka sahaja. Namun berdasarkan sumber yang disebutkan Engadget, Huawei bersedia untuk menjual cip Balong 5000 mereka kepada Apple. Laporan dari Fast Company pula menyatakan…
Qualcomm Perkenal 3 Sistem Cip Kelas Pertengahan Baharu, Kecilkan Jurang Dengan Kelas Perdana
Qualcomm boleh dikatakan sebagai pendahulu bagi pasaran kelas pertengahan untuk industri telefon pintar dunia hari ini. Ia dibantu dengan prestasi yang ada pada cip siri-7xx dan 6xx mereka seperti Snapdragon 660 dan Snapdragon 710. Tidak cukup dengan itu, mereka telah hadir dengan tiga(3) cip baharu dalam kelas pertengahan baru-baru ini iaitu Snapdragon 665 serta Snapdragon…
Pengguna Twitter Kini Hanya Dibenarkan Untuk Ikut 400 Akaun Baharu Dalam Satu Hari
Berbeza dengan Facebook, Twitter kurang dilanda kontroversi berskala besar seperti yang melibatkan privasi data pengguna dan sebagainya. Namun ia tidak menghalang mereka untuk terus menambahbaik perkhidmatan mereka bagi memberikan yang terbaik kepada pengguna. Terbaru, mereka telah mengehadkan jumlah akaun baharu yang diikuti oleh pengguna dalam masa sehari kepada 400 akaun, berbanding 1000 akaun sebelum ini….
Vivo Malaysia Pertontonkan Apex, Telefon Pintar Konsep Tanpa Sebarang Butang Fizikal Dan Lubang Pengecasan
Ingatkah anda beberapa bulan yang lalu, Vivo telah mengadakan acara memperkenalkan model konsep telefon pintar 5G mereka, Vivo Apex, yang dilangsungkan di Beijing. Selain difokuskan untuk rangkaian generasi kelima, 5G, model konsep ini tampil dengan rekaan yang minimalis tanpa sebarang butang fizikal mahupun lubang bagi bicu audio 3.5mm. Menguasakannya dari dalam adalah cip Snapdragon 855 dengan…
Peranti Boleh Lipat Memfokuskan Permainan Video Pertama Mungkin Hadir Dari Jenama Sharp
Ketika pengeluar lain memfokuskan pembangunan peranti boleh lipat pertama mereka, Sharp nampaknya mempunyai idea yang sedikit berbeza. Mereka didakwa sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan peranti boleh lipat memfokuskan permainan video tidak lama lagi. Ia berdasarkan satu rekaan paten yang didedahkan oleh pihak LetsGoDigital baru-baru ini. Menurut rekaan paten berkenaan, peranti Sharp ini adalah lebih panjang…
