Penambah baikan pada bar alamat URL dan akses History serta Bookmarks. Aplikasi pelayar Opera telah dinaik taraf kepada versi 65 hanya sebulan selepas versi Opera 64 dilepaskan dalam bulan Oktober lalu. Jika pada versi Opera 64 lebih banyak penambah baikan terhadap prestasi dan privasi penggunanya, untuk versi 65 pula Opera Software menambah baik 3 ciri utama…
Kategori: Berita
Syarikat Kurier City-Link Express Dianugerahkan Pemandu Lori Terbaik Di Majlis Anugerah Industri Penghantaran E-Dagang 2019
Pos Malaysia pula dianugerahkan Pemandu Van Terbaik. Pada 14 November lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC) telah meraikan para pemain industri pos dan kurier di Majlis Anugerah Industri Penghantaran E-Dagang 2019 yang berlangsung buat kali ketiga di Cyberjaya, Selangor. Sebanyak 10 kategori anugerah berbeza diwujudkan bagi…
Berbaloi Atau Tidak Laburkan RM1099 Untuk Redmi Note 8 Pro? Mari Ikuti Bingkisan Hati Ini
Dalam banyak-banyak penawaran telefon pintar di Malaysia, siri Redmi Note boleh dikatakan antara siri yang berjaya menarik perhatian ramai terutama sekali sejak pengenalan Redmi Note 3 beberapa tahun lalu. Menuruti dari satu model ke satu model dalam siri tersebut, ia sentiasa mewarisi ciri sebuah peranti dengan spesifikasi baik setara dengan harga jualan. Bagi pertaruhan kali…
Google Memperkenal Ciri Terjemahan Audio Pada Google Maps
Ketika mengembara dalam negara asing di mana bahasa tempatan mereka kurang difahami, kita akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam bahasa mereka. Ditambah lagi dengan perasaan gusar tersalah sebut nama tempat ataupun lokasi destinasi yang ingin dipergi. Google ingin membantu anda menyelesaikan masalah ini dengan menambah fungsi terjemahan audio. Fungsi ini membolehkan peranti anda membunyikan lokasi…
HTC Melancarkan Desire 19s – Model Kelas Permulaan Dengan Helio P22 Dan 3 Kamera Belakang
Walaupun kelihatan senyap dalam arena pasaran peranti pintar, HTC masih lagi mengeluarkan model-model terkini mereka. Terbaru, mereka melancarkan model kelas permulaan, HTC Desire 19s. Peranti tersebut mempunyai skrin 6.2 inci LCD dengan resolusi HD+ bersama-sama takuk kecil yang memuatkan kamera swafoto 16MP. Di belakang, ia mempunyai bahan binaan kaca dengan rekaan separa tekstur dan separa…
Vivo S5 Diumumkan, Dilengkapi Skrin SuperAMOLED Dan Kuad Kamera
Setelah diperkatakan buat beberapa ketika, Vivo S5 kini telahpun rasmi diumukan Vivo untuk pasaran China. Hadir dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 712, ia bakal digandingkan bersama RAM 8GB serta ruang memori 128GB dan 256GB. Bahagian hadapan peranti diletakkan dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.44 inci yang memberikan nisbah skrin ke badan sehingga 91.38%. Tidak…
