Dibawakan oleh Samsung Malaysia. Samsung Malaysia telah melancar sebuah peranti pertengahan iaitu Galaxy A51. Menggunakan cip pemprosessan Exynos 9611, RAM 6GB, storan dalaman 128GB dan dimuatkan kapasiti bateri sebesar 4000mAh.
Kategori: Berita
Galaxy S8 Dan Galaxy Note 8 Tidak Akan Terima Android 10
Galaxy S8 dan Galaxy Note 8 kini sudah memasuki usia 3 tahun setelah pertama kali diperkenalkan pada 2017 yang lalu. Pada awal pengenalan, kedua-dua peranti dioperasikan oleh sistem Android Nougat 7 dan kini sedia dinaik taraf kepada Android Pie 9. Terdahulu terdapat ura-ura ia mungkin dinaik taraf kepada Android 10. Tetapi kini Samsung telah mengesahkan…
Shopee Tawar Ikan, Daging Dan Sayuran Segar Pada Platform Mereka
Platform e-dagang Shopee kini melakukan satu lagi langkah baru dalam menjayakan platform mereka selari dengan industri yang bergerak pantas. Shopee akan menawarkan kategori ”barangan runcit segar” yang akan memperlihatkan makanan laut, ayam dan sayur-sayuran segar dijual di platformnya. Kini, pengguna boleh dapatkan pelbagai barangan yang dimahukan dalam satu talian melalui satu pasaran. Selain itu, dengan…
Xiaomi Tarik Balik Kemaskini Android 10 Untuk Mi A3
Beberapa hari yang lalu, penantian pengguna Mi A3 untuk mendapatkan Android 10 telah berakhir melalui kemaskini yang diberikan. Namun tidak seperti yang diharapkan, ia memberikan masalah kepada pengguna setelah pemasangan dilakukan pada peranti. Lanjutan daripada itu, Xiaomi dilaporkan telah menghentikan sementara penawaran kemaskini terbabit bagi menyelesaikan isu yang berlaku. Antara masalah yang dihadapi pengguna selepas…
OPPO Sahkan Pelancaran Global Jam Pintar Pada 6 Mac
OPPO sebelum ini telah mengumumkan pelancaran siri Find X iaitu Find X2 pada 6 Mac ini. Kini, melalui satu ciapan di akaun Twitter OPPO, syarikat itu turut mengesahkan akan melancarkan jam pintar OPPO Watch pada tarikh yang sama. It’s time to say hello to #OPPOWatch. ? Unveiled at the #OPPOFindX2 Launch Event March 6, 10.30am…
Dapatkan Samsung Galaxy A51 Dan A30s Dengan Potongan Harga RM100 Melalui ‘Trade In’ Peranti Lama Anda
Jika anda sedang mencari telefon baru, maka inilah berita baik untuk anda. Bermula 26 Februari sehingga 31 Mac 2020, Samsung Malaysia mengadakan tawaran potongan harga bagi Samsung Galaxy A51 dan A30s sehingga RM 100 jika anda ”trade in” telefon pintar lama anda. Pengguna yang mahu ”trade in” telefon pintar yang lama perlu membawa peranti tersebut…
