Pelancaran ini akan dilakukan secara atas talian jam 12 tengah hari menerusi saluran Youtube dan Facebook HONOR Malaysia.
HONOR 9X Pro dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 810 dan skrin yang bersaiz 6.59 inci. Ia dilengkapi dengan 6GB RAM memori dan 256GB storan penyimpanan. Selain itu, telefon pintar ini mempunyai tri-kamera belakang yang terdiri daripada 48MP+8MP+2MP serta kamera selfie pop-up.
HONOR MagicBook dijana dengan cip pemprosesan empat teras AMD Ryzen 5 3500U. Ia juga didatangkan dengan RAM 8GB DDR4 serta storan SSD 512GB. Peranti ini mempunyai paparan IPS LCD saiz 14 inci dengan resolusi 1920 x 1080. MagicBook ini turut dilengkapi dengan kapasiti bateri 57.4W dan pengecasan pantas 65W.
Tambahan lagi, HONOR Malaysia juga akan memperkenalkan MagicWatch 2 42mm edisi Sakura Gold. Ia didatangkan dengan skrin 1.2 inci AMOLED, mikrofon dan pembesar suara terbina, storan dalaman 4GB serta kalis air 50m.
Berkaitan
- LG Terima 17 Anugerah Inovasi CES Bagi Kategori Perkakas Rumah Dan Komunikasi Mudah Alih Di CES 2020
- Siri OPPO Find X2 Bakal Tampil Dengan IP68 Dan Servis Google
- Skip Galaxy S20 Ultra Yang Berharga RM5,000 Ni!
- Unboxing OPPO A91 (2020) Peranti Dengan Skrin AMOLED Bawah RM1000
- Pesta Buku Digital Malaysia Akan Ganti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020
- OPPO Enco Free Kini Di Malaysia Pada Harga RM499
- Samsung Unpacked 2020: Skrin 120Hz, Tapi Pada Resolusi FullHD Sahaja, What The Fish?
- Canon Lancar EOS-1D X Mark III Yang Dikuasa Pemproses Imej DIGIC X
- OPPO Semakin Laris Dalam Pasaran Malaysia
- Huawei Mate XS Akan Dilancarkan Secara Atas Talian 24 Februari Ini