Setelah hampir sebulan, akhirnya realme 8 Pro tiba buat pasaran tempatan. Seperti yang anda ketahui, telefon ini memfokuskan kameranya yang tampil dengan 108MP. Mengimbas kembali, ia dijana cip Snapdragon 720G, memori 8GB dan storan dalaman 128GB, skrin AMOLED dan bateri berkapasiti 4500mAh. Di Malaysia, ia dijual dengan harga sama seperti realme 7 yang dilancarkan…
Kategori: Berita
Redmi K40 Gaming Kalahkan Peranti Dengan Cip Snapdragon 870
Minggu hadapan, kita bakal menerima sebuah peranti gaming baharu daripada Redmi yang mungkin juga dinanti-nanti ramai. Terbaru, penanda aras AnTuTu v9 Benchmark telah mendedahkan skor bagi Redmi K40 Gaming iaitu sebanyak 724,495. Sebagai perbandingan, skor tersebut adalah lebih sedikit berbanding peranti yang menggunakan cip Snapdragon 870 seperti OnePlus 9R dan vivo X60 Pro dimana skor…
TM Dan Telefónica Tech Bekerjasama Membina Program Keselamatan Siber
Sebagai salah satu langkah untuk memperkukuhkan penyelesaian infrastruktur digitalnya, Telekom Malaysia Berhad (TM) memaklumkan bahawa mereka telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Utama (MSA) dengan Telefónica Tech. Perjanjian usahasama itu dicapai melalui unit penyelesaian perniagaan perusahaan dan sektor awam TM iaitu TM ONE. Manakala Telefónica Tech pula menerusi Telefónica Global Solutions. Perjanjian antara 2 pihak ini akan…
Xiaomi Kerjasama Dengan Planetarium Negara Untuk Ambil Foto Bintang
Xiaomi baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Planetarium Negara untuk memupuk dan mendidik rakyat Malaysia tentang sains angkasa. Bersempena dengan kerjasama tersebut, ia adalah sebahagian daripada kempen bagi telefon andalannya – Mi 11 yang dinamakan ‘Starry Night’. Bermula hari ini sehingga 17 Mei, peminat fotografi boleh menyertai pertandingan tersebut dan berpeluang untuk memenangi sebuah peranti Mi 11…
Had Storan 15GB Bagi Google Photos Berkuat Kuasa Pada 1 Jun 2021
Google hari ini memaklumkan bahawa servis Google Photos mereka kini menyimpan lebih daripada 4 trilion foto dan video para pelanggannya di seluruh dunia. Malah Google turut memberitahu, sebanyak 28 bilion foto dan video dimuat naik penggunanya setiap minggu ke dalam Google Photos. Makluman itu dinyatakan dalam e-mel yang dihantar kepada para pengguna servis Google Photos…
Ini Adalah Cip Yang Akan Digunakan Pada Pixel 5a 5G
Beberapa bulan yang lalu, Pixel 5a 5G djiangka hadir pada tahun ini dan Google sudah mengesahkan yang mana telefon mampu milik itu akan diperkenalkan tidak lama lagi. Terbaru, Android 12 Developer Preview mendedahkan bahawa ia akan menjalankan cip pemprosesan yang sama seperti pedahulunya, Pixel 5, iaitu Snapdragon 765G. Selain itu, rekaan sebelum ini turut mendedahkan yang mana…
