Pasti ramai di antara kita sudah melihat beberapa individu yang sudah mula menjual kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) di platform media sosial. Bagi mengelakkan kit tersebut dijual dengan harga tidak masuk akal memandangkan ia dijangka akan menerima permintaan tinggi pada masa hadapan, KPNDHEP dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sudah menetapkan harga runcitnya,…
Kategori: Berita
Siri vivo X70 Bakal Tiba Di Malaysia, Naik Taraf Gimbal Dan Guna OriginOS
Umum mengetahui vivo bakal melancarkan siri X70 pada 9 September ini. Dikatakan terdapat tiga varian, iaitu X70, X70 Pro dan X70 Pro+. Terbaru, vivo Malaysia mengacah peranti tersebut menerusi laman sesawang rasmi mereka. Namun, nampaknya mungkin hanya varian X70 dan X70 Pro sahaja dibawa masuk, seperti mana siri X60 tahun ini. Ini kerana vivo X70…
Rasmi, Ini Sensor Kamera 200MP Telefon Pintar Pertama Di Dunia
Semalam kami melaporkan bahawa Samsung akan melancarkan sensor kamera 200MP dan GN5 50MP. Hari ini, ia secara rasminya diperkenalkan. Melalui ISOCELL HP1, ia merupakan sensor 200MP 1/1.22 inci dengan saiz piksel 0.64μm. Sensor ini juga menggunakan teknologi baharu ChameleonCell yang menawarkan pixel-binning penuh 2×2 atau 4×4. Sensor tersebut dapat menawarkan gambar 50MP dengan piksel 1.28µm dan…
realme Pad Diperlihatkan Sedikit, Pelancaran Semakin Hampir
Selepas pelancaran komputer riba pertama, realme kini semakin menghampiri dalam menyertai pasaran tablet dengan memperlihatkan sedikit rupa bentuk realme Pad. Menurut laporan realmetimes, realme dijangka bakal mengadakan acara pada minggu hadapan yang mana antara produk yang akan diperkenalkan adalah termasuk realme Pad, realme 8i, realme 8s dan lain-lain. Berbalik pada realme Pad, mereka memfokuskan peranti tersebut…
Microsoft Akan Perkenalkan Barisan Produk Terbaru Mereka Pada 22 September Ini
Microsoft hari ii mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara istimewa pada 22 September ini. Acara yang akan bermula pada jam 11.00 malam itu dijangka akan tamat pada 23 September jam 12.30 pagi. Tidak banyak yang dikongsikan Microsoft bagi memberi bayangan apakah barisan produk yang akan diperkenalkan mereka nanti. Tetapi Microsoft dijangkakan akan memperkenalkan barisan produk terbaru…
Pra Pendaftaran Aplikasi Permainan Pokémon UNITE Sudah Lebih Daripada 5 Juta Peserta
Permainan Pokémon UNITE sudah pun dilancarkan lebih dulu untuk platfom Nintendo Switch pada 21 Julai 2021 lalu. Sementara versi aplikasi Pokémon UNITE untuk platfom telefon pintar Android dan iOS pula hanya akan dilancarkan pada 22 September ini. Namun begitu belum pun ia dilancarkan, permainan Pokémon UNITE sudah pun memiliki lebih daripada 5 juta pemain yang telah…
