Selepas diumumkan pada lewat April lalu, jam pintar Amazfit Cheetah 2 Pro akhirnya tiba di Malaysia. Cheetah 2 Pro yang direka khusus untuk larian maraton dibangun dengan menggabungkan larian berstruktur, latihan kekuatan, dan cerapan pemulihan ke dalam satu sistem. Jam ini dibina dengan reka bentuk titanium Gred 5 yang ringan dan kaca nilam kalis calar…
Kategori: Berita
TP-Link Integrasikan Rangkaian Omada Ke Kampus USIM
TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (“TP-Link Malaysia”) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk tempoh tiga tahun, bertujuan memperluaskan strategi pembangunan bakat rangkaian perusahaan di Malaysia. Sebelum ini TP-Link juga telah pun menjalin kerjasama termasuk Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA untuk pembangunan bakat. MoU ini turut memfokuskan integrasi keupayaan…
Shopee Sekali Lagi Naikkan Yuran Komisen Marketplace, Mall – Berkuat Kuasa 21 Mei 2026
Selepas menaikkan yuran komisen untuk penjual Marketplace dan Shopee Mall pada awal tahun ini, Shopee Malaysia sekali lagi mengumumkan pelarasan yuran komisen yang akan berkuat kuasa mulai 21 Mei 2026. Perubahan ini melibatkan kedua-dua jenis penjual, iaitu penjual Marketplace tempatan dan Shopee Mall. Bagi penjual Marketplace, kategori Elektronik tidak mengalami sebarang perubahan dengan kadar komisen…
86% Ibu Bapa Malaysia Bimbang Anak Terdedah Kandungan Bahaya & Berita Palsu Di Internet
Google dan YouTube memperkenalkan inisiatif “Bijak Digital Bersama Google dan YouTube,” sebuah program yang bertujuan untuk membekalkan keluarga di Malaysia dengan pengetahuan dan peralatan yang diperlukan untuk melayari dunia digital dengan selamat. Program ini menekankan peralihan daripada pemantauan aktif secara jangka pendek kepada pembinaan keyakinan digital jangka panjang melalui bimbingan dan dialog terbuka. Langkah ini…
Standard HUDIMM Tiba Di Papan Induk GIGABYTE Intel Siri 600 Hingga 800, Kos Bina PC DDR5 Kini Lebih Rendah
GIGABYTE kini mengumumkan kemas kini BIOS secara menyeluruh bagi barisan papan induk Intel siri 800, 700, dan 600 untuk menyokong standard memori DDR5 baharu yang dikenali sebagai HUDIMM (One Sub-channel DDR5). Langkah ini merupakan inisiatif GIGABYTE untuk mengurangkan kos pembinaan PC berasaskan DDR5 yang kini masih berada pada paras harga tinggi akibat kekangan bekalan global….
Unitree Lancar Gedung Aplikasi Robot Humanoid Pertama Dunia
Gedung aplikasi robot humanoid pertama di dunia kini tersedia selepas Unitree sekali lagi melancarkan UniStore, gedung aplikasi khusus untuk robot humanoid. Platform ini membolehkan pengguna memuat turun dan membangunkan aplikasi robot dengan mudah, seakan-akan pengalaman menggunakan telefon pintar. Antara aksi yang tersedia termasuk tarian, tinju dan gaya berjalan yang serasi dengan robot Unitree. Pelancaran ini…
