Ura-ura berkaitan kerjasama Xiaomi dengan Leica telah lama dilaporkan sejak beberapa bulan lalu dan ia bukan kali pertama Leica terlibat dalam arena telefon pintar. Kini, Xiaomi telah mengesahkan kerjasama dengan syarikat Jerman tersebut dan peranti pertama hasil kerjasama itu akan dilancarkan Julai ini. CEO Leica Matthias Harsch berjanji mereka akan membawakan kualiti imej yang luar biasa…
Kategori: Berita
Walaupun Memiliki Microsoft, Bill Gates Akui Guna Peranti Samsung
Umum tahu Samsung Galaxy Z Fold3 ialah salah satu telefon boleh lipat yang terkenal di pasaran kini. Menariknya, ternyata peranti lipat Samsung ini dimiliki oleh pengasas bersama Microsoft, Bill Gates. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Bill Gates dalam Reddit AMA pada beberapa hari yang lalu bahawa dia memang memiliki Galaxy Z Fold3. Untuk seseorang yang memiliki…
EA Tawar Diri Untuk Dimiliki, Apple, Amazon Dan Disney Antara Calon
Bercakap soal syarikat pembangun permainan, antara yang telah dibeli oleh syarikat gergasi IT ialah Activision Blizzard di mana diambil alih oleh Microsoft beberapa bulan lalu. Terbaru, laporan terbaru mengaku bahawa EA hampir berjaya diambil alih oleh NBC Universal namun gagal di peringkat akhir berkaitan bab kewangan pada April lalu. Selain itu, antara syarikat lain yang…
Audi Akan Lancar Apple Music Pada Model Terbaru Buat Tiga Pasaran Ini
Pengeluar kereta dari Jerman, Audi mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Apple Music ke dalam hampir semua model kenderaannya. Perkhidmatan penstriman muzik itu akan didatangkan pada model-model Audi baharu nanti, bermula dengan model tahun 2022, sebagai sebahagian daripada kemas kini perisian yang akan datang. Pengguna nanti hanya perlu mempunyai akaun Apple Music untuk menikmati lebih daripada…
Apple Mungkin Akan Batalkan Tempahan 30 Juta Unit Paparan iPhone 14
Apple sebelum ini dikhabarkan akan melibatkan tiga OEM paparan sebagai rakan kongsi pembekal iPhone 14 yang biasanya melibatkan LG dan Samsung, serta BOE, nama terkenal dalam teknologi OLED. Dengan BOE sahaja, dipercayai Apple telah membuat tempahan sehingga 30 juta unit yang mungkin digunakan untuk paparan iPhone 14. Malangnya, persetujuan dengan BOE untuk menjadi salah satu…
Pepijat Menyebabkan Akaun Facebook Digodam Menggunakan Gmail
Seorang penyelidik keselamatan bernama Youssef Sammouda mendedahkan penemuan beberapa pepijat pada akaun Facebook yang boleh menyebabkan akaun pengguna media sosial itu digodam. Rantaian pepijat itu boleh dieksploitasi yang disasarkan secara khusus kepada pengguna yang menggunakan akaun Gmail untuk log masuk ke dalam akaun Facebook mereka. Youssef menerangkan, Gmail memiliki ciri yang dikenali sebagai OAuth Flow (Open…
