Microsoft mula menawarkan kemas kini terbaru untuk pengguna Windows 11 22H2 menerusi KB5027231. Kemas kini ini mengutamakan penambah baikan pada ciri keselamatan sistem operasi Windows tersebut serta beberapa isu lain yang dihadapi sebelum ini. Anda boleh menyemak dan memuat turun kemas kini tersebut terus dari komputer Windows anda menerusi Start > Settings > Windows Update…
Kategori: Berita
Lenovo LOQ, Komputer Riba ‘Gaming’ Permulaan Berharga Dari RM3,699
Jika anda mahukan sebuah komputer riba ‘gaming‘ yang mampu milik, Lenovo LOQ antara pilihan yang ada di pasaran ketika ini. Baru sahaja dilancarkan hari ini, pemain baharu boleh memilih varian Lenovo LOQ 16IRH8 16-inci (berasaskan Intel) dan Lenovo LOQ 16APH8 (berasaskan AMD) atau Lenovo LOQ 15IRH8 15-inci (berasaskan Intel) dan Lenovo LOQ 15APH8 (berasaskan AMD)….
CelcomDigi Fibre Sedang Alami Gangguan Seluruh Negara
Kemas kini 7:45pm, 16/6/2023: Isu gangguan perkhidmatan fiber Digi telah selesai dan sudah kembali beroperasi. https://twitter.com/digitelco/status/1669668647848271873?s=46&t=vk2v7sw0g39aUnfWj7i43A Artikel asal: CelcomDigi kini mengesahkan sedang mengalami gangguan pada perkhidmatan Fibre seluruh negara. {suggest} Ketika ini, rata-rata pengguna CelcomDigi di seluruh negara membuat aduan mengenai ketiadaan internet bagi perkhidmatan CelcomDigi Fibre. Lanjutan itu, pihak Digi menerusi ruangan komen di…
Intel Buang Huruf “i” Pada Siri Core, Tambah Core Ultra Sebagai Barisan Baru Yang Lebih Berkuasa
Intel tidak lagi akan menggunakan huruf “i” dalam nama barisan cip Core mereka mulai Meteor Lake iaitu tahun depan. Dengan itu, siri cip Intel Core i3 misalnya akan dikenali sebagai Intel Core 3. Syarikat itu juga memaklumkan barisan terbaru cip mereka iaitu Core Ultra yang mana lebih berkuasa daripada Core. Untuk siri Core Ultra, ia…
Lenovo Lancar Komputer Riba Dwi-Skrin OLED Bersaiz Penuh Pertama Di Dunia, Yoga Book 9i
Lenovo pada hari ini baru sahaja melancarkan barisan produk terbaru mereka untuk pasaran Malaysia yang terdiri daripada 3 komputer riba serta sebuah tablet, Tetapi apa yang paling menarik perhatian adalah sebuah lagi peranti yang Lenovo nyatakan sebagai ‘Mentakrifkan semula Kategori’ iaitu Lenovo Yoga Book 9i. Lenovo Yoga Book 9i begitu menarik perhatian kerana fleksibilitinya dan…
Ini Senarai Harga Bagi Menggantikan Panel Skrin TV LED Dan QLED Samsung
Hampir semua model TV moden yang ada di pasaran sekarang ini sudah pun beralih kepada penggunaan teknologi LED untuk panel skrin kerana ia jimat tenaga dan lebih tahan lama. Jadi, mungkin jarang anda mengalami isu kerosakan dengan panel TV tersebut. Walau bagaimanapun malang adalah tidak berbau di mana insiden kerosakan pada panel TV boleh berlaku…
