ZOTAC merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam arena kad grafik dan komputer. Seiring dengan peredaran zaman, ZOTAC menyertai pesaing mereka lain dengan memperkenalkan konsol permainan mudah alih pertamanya, ZONE. Dari sudut spesifikasi, ZONE dilengkapi pemproses AMD Ryzen 7 8840U dengan grafik AMD Radeon 780M. Ia digandingkan bersama memori 16GB LPDDR5X dan storan dalaman 512GB…
Kategori: Berita
Kit Dan Aksesori Starlink Kini Boleh Dibeli Dari GLOO Dan iTworld, Diskaun Sebanyak 50%
SNS Network Technology Bhd kini menjadi peruncit sah terbaru untuk peralatan Starlink di Malaysia. Ini sekali gus membolehkan anda membeli kit dan aksesori Starlink di bawah jenama mereka, iTworld dan Gloo melalui dalam talian. Menerusi stor iTworld dan Gloo, anda boleh mendapatkan Starlink Standard Actuated Kit pada harga diskaun 50%, RM1,150 sahaja (tamat pada 14…
Kerajaan Akan Perkenal Bingkai Plat Khas Untuk ZEV
Kerajaan akan memperkenalkan bingkai plat khas bagi kenderaan bebas emisi (ZEV) atau kenderaan elektrik, bagi membezakan antara ZEV dan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE). {suggest} Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bingkai plat khas itu akan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar ZEV dan dipasang terus pada kenderaan berkenaan sebelum diserahkan kepada pembeli. (Bingkai) plat ini akan dikeluarkan…
HONOR 200 Dan HONOR 200 Pro Sah Masuk Pasaran Malaysia
Sebelum ini, HONOR Malaysia mengacah kehadiran siri HONOR 200 ke pasaran Malaysia. Namun, ada yang tertanya-tanya, adakah satu model sahaja yang ditawarkan seperti mana siri Magic6, hanya model pro sahaja dibawa masuk. Bagaimanapun, HONOR Malaysia hari ini mengesahkan yang HONOR 200 dan HONOR 200 Pro bakal dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan. Imbas kembali untuk…
MSI Perkenal Dua Model Papan Induk Yang Sokong Cip Siri AMD Ryzen 9000
Berikutan dengan perkenalan barisan cip terbaru daripada AMD iaitu siri AMD Ryzen 9000, MSI kini telah hadirkan dua model papan induk dengan soket AM5 yang sepadan untuk penggunaan cip tersebut. Dua papan induk itu adalah MAG X870 TOMAHAWK WIFI dan PRO X870-P WIFI. Selain daripada kesesuaian itu, MSI juga telah memperbaharui kaedah pemasangan dan pembuangan…
Intel Perkenal Siri Intel Xeon 6, Binaan ‘Lunar Lake’ Dan Pemecut Intel Gaudi 3
Berikutan dengan acara COMPUTEX Taipei 2024 yang sedang berlangsung sekarang, Intel telah memperkenalkan beberapa inovasi dalaman yang akan menyokong teknologi kecerdasan buatan pada masa akan datang. Antaranya adalah siri cip pemprosesan Intel Xeon 6 yang terdiri daripada siri Intel Xeon 6700 dan Intel Xeon 6900. Sebagai ringakasannya, siri Xeon 6700 menawarkan memori lebar jalur (bandwidth) yang…
