Telefon gaming terbaru, REDMAGIC 10 Pro, akhirnya tiba di Malaysia. Telefon ini direka untuk memenuhi tuntutan pemain tegar permainan mudah alih. REDMagic 10 Pro menggunakan cip pemproses Snapdragon 8 Elite yang menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 45% dan kecekapan bateri 44% lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Dilengkapi dengan memori LPDDR5X Ultra 24GB dan storan UFS 4.1…
Kategori: Berita
OnePlus Kini Umum Waranti Isu Garis Hijau Seumur Hidup Untuk Semua Model Telefon Pintar Baru Dan Lama Di India
OnePlus telah memperkenalkan penyelesaian baharu, “Penyelesaian Tanpa Bimbang Garis Hijau,” untuk menangani kebimbangan mengenai garisan hijau yang muncul pada paparan AMOLED dalam telefon pintar. Inisiatif ini termasuk teknologi paparan canggih, kawalan kualiti yang ketat dan jaminan seumur hidup untuk semua pengguna OnePlus di India. Malah tawaran waranti seumur hidup itu adalah terhadap isu garis hijau…
NASA Bertemu MOSTI, Percepat Pertumbuhan Sektor Teknologi Angkasa Malaysia
Delegasi NASA yang diketuai oleh Dr. Katherine Calvin, Ketua Saintis dan Penasihat Iklim Kanan kepada Pentadbir NASA, Bill Nelso telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Tuan Chang Lih Kang. Mesyuarat yang bertempat di Bilik Gerakan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi(MOSTI) mengetengahkan kepentingan memupuk perkongsian antarabangsa, khususnya dalam bidang sains, teknologi, inovasi,…
Google Kini Memperkenalkan Ciri Baharu Dalam Carian Web
Google kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna memilih untuk melihat hasil carian tanpa personalisasi. Melalui ciri ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat yang lebih neutral dan bebas daripada pengaruh sejarah carian mereka. Untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna hanya perlu klik pada pautan “Try Without Personalization” di bahagian bawah hasil carian. Ciri ini penting kerana hasil…
Kejohanan Snapdragon Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Akan Tiba Di Johor Bahru
Kejohanan Snapdragon Mobile Challenge Finals Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bakal berlangsung di Johor Bahru pada 14 hingga 16 Februari 2025. Kejohanan ini menyaksikan 12 pasukan teratas dari Asia Pasifik bersaing untuk merebut mahkota dan sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah USD $150,000 (~RM705,000). Pertandingan ini akan diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor…
Cepat Sambar 2 Game Ini Berharga Hampir RM300 Dengan Percuma Untuk Masa Terhad
Peminat game semua, anda mesti mendapatkan 2 judul permainan ini dengan kadar segera kerana ia sedang ditawar dengan percuma untuk masa terhad. 2 permainan itu adalah Bus Simulator 21 Next Stop dan LEGO® Star Wars™: The Skywalker Saga kini sedang percuma sehingga 13 Disember 2024. Selepas itu, kedua-dua permainan ini masing-masing akan kembali kepada harga asalnya…
