Berusia Lebih 200 Juta Tahun, Ahli Paleontologi Menemui Satu Lagi Fosil Tapak Kaki Dinosaur

Fosil tapak kaki dinosaur yang berusia lebih 200 juta tahun telah ditemukan di Pantai Wales, United Kingdom. Fosil tapak kaki dinosaur itu dianggap milik dinosaur Sauropod atau keluarga Sauropod yang terawal zaman Triassic.

Prof. Paul Barret dan Maidment telah menghantar imej fosil tapak kaki kepada Muzium Sejarah Alam London kerana pada awalnya ragu-ragu dengan penemuan fosil tapak kaki tersebut.

fosil dinosaur Kapsyen: Fosil tapak kaki yang ditemui di Pantai Wales, United Kingdom


Menurut ahli paleontologi Muzium Sejarah Alam London, mereka semua sedar akan kewujudan dinosaur Saurapod di British kerana penemuan tulang Camelotia iaitu keluarga Sauropod yang terawal. Walaubagaimanapun, mereka tidak menjangkakan dinosaur tersebut boleh membuat trek dengan meninggalkan tapak kaki di sana.

Kapsyen: Dinosaur Camelotia, Keluarga Dinosaur Sauropod


Peninggalan trek dinosaur jarang berlaku di seluruh dunia namun ahli paleontologi menganggap bahawa penemuan ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang kehidupan dinosaur zaman Triassic di negara tersebut.

Dinosaur Sauropod merupakan dinosaur yang mempunyai leher dan ekor yang panjang dengan kepala yang kecil dan bersaiz besar. Nama Sauropod diberi oleh OC Marsh pada tahun 1878 yang bermaksud kaki biawak dalam bahasa Yunani Purba. Selain itu, Sauropod juga merupakan dinosaur herbivor atau pemakan tumbuhan yang boleh membesar sehingga 72 kaki. Terdapat juga jenis Sauropod yang terkecil iaitu Ohmdenosaurus dengan 13 kaki panjang sahaja.

Kapsyen: Kumpulan Sauropod yang digambarkan


Malaysia juga pernah menemukan 7 fosil tapak kaki dinosaur di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan milik dinosaur Sauropod oleh penyelidik daripada Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB) Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Menurut penyelidik, fosil tapak kaki tersebut dianggarkan berusia 66 juta hingga 160 juta tahun dan berukuran 72 sentimeter dan 66 sentimeter lebar. Dinosaur Sauropod ini dikatakan hidup berhampiran kawasan sungai berliku.

fosil dinosaur Kapsyen: Fosil tapak kaki dinosaur Sauropod yang ditemui di Bukit Panau, Tanah Merah


Penyelidikan oleh UMK tersebut mula dijalankan setelah para penyelidik menemui laluan trek dinosaur keluarga Sauropod di Bukit Panau. Oleh sebab itu, aktiviti penyelidikan berkaitan dinosaur telah dimulakan pada bulan Mei 2017 dan para penyelidik telah mengambil masa 10,000 jam bagi menyiasat dan menjejak dinosaur di negeri Kelantan.

Sumber : CNN

Baca juga :

Berkaitan