Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile

Bendung Pemain ‘Toxic’, Valorant Akan Pantau ‘Voice Chats’ Pemain Bermula 13 Julai

Diterbitkan Jun 27, 2022 oleh Firdaus

Pembangun permainan video Valorant, Riot Games akan mula mengawasi perbualan suara pemain-pemain mereka bermula 13 Julai nanti.

Pendekatan ini merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk mengawal dan mengekang kelakuan yang tidak senonoh dalam Valorant atau bahasa mesra ‘toxic’.

Jangan Muat Turun ‘Cheat’ Valorant Ini, Ada Perisian Hasad Yang Berbahaya

Riot telah mengumumkan perubahan ini pada April tahun 2021 dalam polisi privasi mereka. Syarat baharu tersebut memberi Riot kebenaran untuk “merekod dan mungkin akan menilai data suara apabila pemain menggunakan saluran komunikasi suara Riot sendiri”.

Ini bertujuan untuk melawan sebarang tingkah laku kasar dan ucapan benci dalam ‘voice chat’ Valorant. Walau bagaimanapun, Riot tidak akan menggunakan data terkumpul daripada pemantauan tersebut untuk menilai seseorang pemain Valorant itu.

Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile

Hal ini demikian, Riot akan menggunakan data terkumpul untuk membina sebuah sistem beta yang dijangka akan dilancarkan lewat tahun ini.

Oleh itu, Riot menjelaskan mereka tidak memantau perbualan pemain secara aktif ketika sebuah permainan itu berlangsung. Tetapi, hanya mengawasi log penilaian suara pemain sekiranya mereka dilaporkan bertingkah laku tidak baik.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY