Beli Telefon Terpilih OPPO, Anda Dapat Jaminan Perlindungan Skrin Percuma

Tahun Baru Cina sudah semakin hampir. Persiapan untuk menyambutmya sudah mula dibuat. Keriangan makin terasa. Anda juga boleh tingkatkan lagi keriangan ini dengan Jualan Tahun Baru Cina Roar of Prosperity OPPO.

Sempena Tahun Baru Cina ini, OPPO mengadakan tawaran promosi sehingga RM3,888,888. Pelanggan juga boleh berpeluang untuk membawa pulang emas 24K berbentuk harimau yang bernilai RM9,888.



Untuk peluang menang hadiah ini, pelanggan hanya perlu membeli produk telefon pintar OPPO terpilih iaitu:

  • OPPO Find X3 Pro

  • OPPO Reno6 Pro

  • OPPO Reno6

  • OPPO Reno6 Z

  • OPPO A95


Dengan setiap pembelian, pelanggan akan diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah yang mana anda boleh bawa pulang emas 24K harimau ini. Anda hanya perlu ikut langkah mudah untuk sertai langkah mudah ini:

  1. Daftar di My OPPO App dan pergi ke ‘Roar of Prosperity Lucky
    Draw’ di bawah kategori Aktiviti.

  2. Tebus peluang untuk menang.

  3. Salin kod dan klik butang hijau.

  4. Lengkapkan maklumat lanjut dan kod sebelum hantar.


Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli produk OPPO terpilih tadi juga berpeluang untuk membawa balik Angpau emas 999.9 daripada Wah Chan yang bernilai RM128. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapat tiket ke Taman Tema Genting SkyWorld.

Aktiviti Spin and Win juga akan diadakan di Gerai OPPO, Genting Highland berhadapan dengan pintu masuk Taman Tema Genting Highlands Skytropolis Indoor. Di sini, pelanggan yang membeli produk OPPO boleh sertai aktiviti ini dan berpeluang menang pelbagai hadiah menarik termasuklah powerbank.

Setiap pelanggan yang yang membeli produk OPPO ini juga boleh bawa pulang banyak hadiah menarik seperti waranti kerosakan skrin yang bernilai RM250, set bundle 2 unit OPPO band dengan penjimatan sehingga RM130 dan banyak lagi.



Promosi ini berlangsung dari 15 Januari hingga 15 Februari 2022. Semua tawaran ini terdapat di semua Kedai Rasmi OPPO, Gedung Rasmi OPPO, Shopee OPPO danLazada OPPO

Jika anda berminat, anda boleh beli produk OPPO menggunakan pautan di bawah:

Sumber: Siaran akhbar OPPO

Baca juga: