Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno2 Kini Hadir Dalam Pilihan Warna Ocean Blue

OPPO Reno2 Kini Hadir Dalam Pilihan Warna Ocean Blue

Diterbitkan Disember 9, 2019 oleh Haikel Areff

OPPO dengan berbesar hati mengumumkan kerjasamanya bersama Starbucks Malaysia akan melancarkan OPPO Reno2 yang kali ini didatangkan dalam pilihan warna baru. Pelancaran tersebut bakal mengambil tempat di acara Grand Opening kedai utamanya yang kedua di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Peranti Reno2 yang popular ini dibawa oleh OPPO dengan gabungan beberapa warna yang kelihatan seperti keindahan alam semula jadi. Dengan menggunakan beberapa teknik pembuatan, menggabungkan campuran warna-warni yang bergerak di bawah pelbagai jenis pencahayaan, menjadikan ia nampak lebih elegan dan cantik.

Pembukaan kedai OPPO Flagship yang terbaru ini direka atas tujuan untuk memberikan satu pengalaman khusus dan zon perkhidmatan kepada pelanggan yang membolehkan mereka melihat dan membuat pembelian dengan bijak. Di sana, pelanggan OPPO boleh mendapatkan jawapan kepada pelbagai soalan berkaitan produk-produknya.

Apa yang lebih menarik pada pelancaran kali ini adalah dengan kehadiran Youtuber Malaysia yang terkenal, iaitu Phei Yong. Jadi, para peminat OPPO, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengannya serta mendapatkan pandangan pertama anda ke atas peranti Reno2 yang bewarna Ocean Blue opada 12 Disember 2019 ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY