Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 14 pro (15)

Beli iPhone 14 Pro Max Tapi Jalankan Android, Lelaki Australia Jadi Mangsa Scam

Diterbitkan Mei 23, 2023 oleh ariff bukhari

Media Australia melaporkan, seorang lelaki telah menjadi mangsa scam selepas beliau membeli ‘iPhone’ baharu menerusi Facebook Marketplace.

Ia hanya disedari selepas iPhone yang dibelinya itu diaktifkan dan mendapati sistem operasi yang menguasakan peranti tersebut menjalankan versi sistem Android yang lama.

 

Mangsa bernama Josiah itu berkata, beliau membeli telefon itu selepas melihat iPhone Promax 14 baharu yang dijual pada harga USD$1200 (~RM5480) pada awal tahun ini.

Pada masa itu, penjualan itu kelihatan sah kerana penjual menegaskan telefon itu adalah baru bahkan disertakan dengan resit.

Malah beliau juga bertemu dengan penjual iPhone itu bagi membelinya secara bersemuka.

Apabila pulang ke rumah dengan perasaan teruja, dia mendapati iPhone itu tidak mempunyai keupayaan iCloud dan sistem operasinya adalah seperti peranti Android.

“Saya menelefon Apple dan mereka mengesahkan nombor siri itu tulen, tetapi ia adalah telefon palsu,” Josiah ketika bercakap kepada 7NEWS.com.au.

Belajar dareipada pengalamannya, beliau menasihatkan pengguna di luar sana untuk lebih berhati-hari dan tidak terpedaya sepertimana yang dialaminya.

“Aktiviti penipu dalam talian seperti ini, terutamanya di Facebook Marketplace adalah membimbangkan. Mereka tidak akan memberi anda alamat sebenar mereka, mereka sentiasa lebih suka pertemuan awam dan kadang-kadang bersedia untuk datang kepada anda.”

“Mereka akan cuba tergesa-gesa dan mendapatkan wang tunai daripada anda dan teruskan.” Josiah.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Fold5 Dan Flip5 Mungkin Dilancarkan Pada Julai Ini
  • Kerajaan Akan Pinda Akta, Bolehkan Wang Mangsa Scam Dipulangkan Lebih Awal
  • Perak: Semua Taska Diwajibkan Pasang CCTV Untuk Bendung Penderaan Kanak-Kanak

Sumber: 7NEWS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY