Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Sah Akan Umum One UI 6 Pada SDC 2023

Samsung Sah Akan Umum One UI 6 Pada SDC 2023

Diterbitkan September 1, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas acara Apple berlangsung pada 13 September nanti yang dijangka akan mengumumkan iPhone 15, satu lagi acara besar akan berlangsung yang akan dihoskan oleh Samsung Electronics.

Acara itu, Samsung Developer Conference 2023 (SDC23) dijadualkan akan berlangsung pada 5 Oktober 2023 di Moscone Center, San Francisco.

Persidangan tahunan itu adalah SDC ke-9 sejak pertama kali ia diadakan pada 2013 dahulu.

Malah untuk SDC kali ini, sesiapa sahaja boleh menghadirinya dengan hanya perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.

Samsung menyatakan, meraka akan mengetengahkan inovasi platform termasuk SmartThings, Bixby, Knox dan Tizen.

Tetapi juga semestinya One UI 6 yang ditunggu-tunggu pengguna telefon pintar Samsung.

Samsung sudah pun membuka Program Beta One UI 6.0 pada 11 Ogos 2023 lepas untuk pengguna siri telefon pintar Galaxy S23.

Jadi sepertimana tahun-tahun sebelum ini, ini menandakan Samsung sudah bersedia untuk mengumumkan One UI 6.0 secara rasmi pada SDC 2023 nanti.

Samsung Sah Akan Umum One UI 6 Pada SDC 2023

One UI 6 disah berdasarkan Android 14 yang akan memberikan pengalaman yang lebih mesra pengguna, peningkatan pada aplikasi dan ciri Samsung termasuklah reka bentuk yang diperkemas dan pilihan yang lebih luas untuk pemperibadian penggunanya.

Berkaitan

  • Ini Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima One UI 6
  • Pengguna Telefon Boleh Lipat Samsung Patut Kemas Kini One UI Versi Terbaru Segera

Sumber: Samsung Electronics

(Beli pelbagai produk Samsung di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY