Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bekas Penyelidik NASA Hasilkan Cip Kuantum, Mampu Jana Tenaga Sendiri

Bekas Penyelidik NASA Hasilkan Cip Kuantum, Mampu Jana Tenaga Sendiri

Diterbitkan Mei 13, 2026 oleh ariff bukhari

Bayangkan telefon pintar dan peranti seperti jam pintar tidak lagi perlu dicas.

Itulah yang sedang diusahakan Casimir Inc., syarikat yang diasaskan oleh Harold “Sonny” White, bekas penyelidik NASA dalam teknologi warp drive.

Syarikat itu hari ini mengumumkan pembiayaan bernilai $12 juta yang diketuai oleh Scout Ventures untuk mengkomersialkan sumber tenaga vakum kuantum pertama di dunia untuk penghasilan cip semikonduktor yang menuai tenaga daripada medan vakum kuantum untuk menghasilkan kuasa elektrik berterusan tanpa memerlukan bateri, kord atau pengecasan.

Teknologi cip ini berasaskan Kesan Casimir, fenomena fizik di mana fluktuasi kuantum menghasilkan daya antara plat yang sangat rapat.

Dengan reka bentuk rongga Casimir yang dilengkapi mikropilar, cip ini berjaya menangkap elektron yang menembusi dan menghasilkan arus sehala.

68bf22ba3c9115568f696721_Identification OF Casimir Effect

 

Prototaip awalnya telah diuji di MIT.nano dan Texas A&M yang  menunjukkan pengeluaran tenaga dalam julat milivolt hingga volt, sekali gus membuktikan cip ini berfungsi melebihi teori semata-mata.

Casimir merancang untuk menghasilkan cip MicroSparc bersaiz 5mm × 5mm dan direka bentuk untuk menghasilkan 1.5 volt pada 25 mikroamp, prestasi setanding dengan bateri kecil boleh dicas semula, tetapi tanpa degradasi dan tiada kitaran penggantian.

Bekas Penyelidik NASA Hasilkan Cip Kuantum, Mampu Jana Tenaga Sendiri

Strategi masa depan mereka termasuk menyusun cip secara bertingkat untuk meningkatkan kapasiti tenaga.

Jika berjaya dikomersialkan, MicroSparc berpotensi mengubah cara dunia menggunakan tenaga.

Mungkin di masa hadadapan, telefon pintar atau sistem tenaga rumah dan kenderaan tidak lagi perlu dicas atau bergantung kepada grid kuasa.

“Berjuta-juta peranti akan beroperasi selama bertahun-tahun tanpa bateri perlu diganti atau dicas semula kerana kami telah merekayasa rongga Casimir tersuai menjadi perkakasan yang mampu menghasilkan kuasa elektrik yang berterusan,” kata Dr. Harold “Sonny” White, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Casimir.

White turut membayangkan aplikasi dalam penerokaan angkasa lepas, sebagai langkah awal ke arah sistem kuasa berterusan untuk misi jauh.

Walaupun ramai saintis masih skeptikal kerana tuntutan “tenaga bebas” sering bercanggah dengan hukum pemeliharaan tenaga, White menegaskan reka bentuk statik cip ini mengatasi halangan tersebut.

Berkaitan

  • IBM Dan Cisco Rancang Bina 'Internet Kuantum'
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • TOYO Beli Komputer Kuantum Pertama Di Jepun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
©2026 WISER.MY