Beberapa Pihak Berkuasa AS Isukan Kebimbangan Terhadap Ciri Baharu iPhone

Pihak berkuasa di beberapa negeri di AS termasuklah jabatan polis di Carmi, Illinois; Middletown, Ohio; Watertown, Connecticut; Jefferson Hills, Pennsylvania; Fort Smith, Arkansas dan Pejabat Syerif Daerah Oakland telah mengisukan kebimbangan terhadap keselamatan pada ciri baharu iPhone iaitu NameDrop.

Pihak berkuasa di sana mendakwa, ciri yang diperkenalkan menerusi iOS 17 itu didakwa boleh "berkongsi maklumat hubungan anda dengan berada di sebelah iPhone lain."

Ciri NameDrop secara lalai diaktifkan pada peranti iPhone yang menjaalankan iOS 17 dan Apple Watch Ultra, Apple Watch Series 7 dan terbaru dan Apple Watch SE (gen-2) yang menjalankan watchOS 10.1.


Tetapi, perlukah anda bimbang?


Di laman rasmi Apple menjelaskan, ciri NameDrop membolehkan pengguna bertukar maklumat hubungan dengan seseorang yang baharu dengan hanya membawa iPhone anda berhampiran iPhone atau Apple Watch mereka.

"Nama dan Contact Poster anda disertakan secara automatik setiap kali dan anda boleh memilih nombor telefon atau alamat e-mel yang ingin anda kongsi daripada My Card anda bersama-sama dengannya." Apple.

Kapsyen: iPhone dengan ciri NameDrop perlu betul-betul dirapatkan di bahagian betul bagi menggunakan ciri ini.


Cara ciri NameDrop ini berfungsi adalah seseorang akan memerlukan akses fizikal kepada iPhone anda yang tidak berkunci untuk membenarkan penerimaan data kenalan.

Walaupun secara lalai iPhone anda mengaktifkan ciri NameDrop ini,  ia tidak akan akan memindahkan butiran hubungan anda kepada mana-mana orang yang lalu-lalang dengan iPhone mereka.

Ini kerana, sebaik sahaja kenalan iPhone NFC itu dibuat, satu set pilihan NameDrop akan muncul pada skrin kedua-dua peranti.

Pilihan ini adalah untuk menerima sahaja atau berkongsi.  Jika kedua-dua pengguna memilih menerima sahaja, maka kedua-duanya tidak akan mendapat apa-apa.

Tetapi jika salah seorang memilih menerima sahaja dan seorang lagi pilih berkongsi pula maka mereka akan mendapat butiran boleh kongsi anda.

Dan jika kedua-duanya memilih untuk berkongsi maka pertukaran data kenalan akan bermula.

Masih bimbang?


Tetapi jika anda masih juga bimbang dengan privasi, anda boleh sahaja mematikan ciri NameDrop menerusi Settings > General > AirDrop > Bringing Devices Together.

Kapsyen: Matikan ciri ini.


{suggest}

Sumber: Bloomberg