Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Beberapa ‘Game’ Baharu Dijangka Akan Diumum Dalam Acara ‘Sony State of Play’

Posted on Jun 2, 2022

PlayStation akan mendedahkan lebih banyak permainan video melalui acara istimewanya, State of Play yang dinantikan ramai pada awal Jun ini. PlayStation telah mengesahkan acara ini akan bermula pada 2 Jun mengikut waktu di Barat.

Bagi waktu tempatan pula, acara State of Play ini akan ditayangkan pada 3 Jun, pukul 6 pagi. Platform terbaik untuk menonton acara ini adalah melalui platform Twitch PlayStation dalam pautan ini atau melalui YouTube di bawah ini:

Anda boleh menjangkakan kedatangan PlayStation Virtual Reality 2 (PSVR2) seperti yang telah disahkan PlayStation bahawa acara ini akan memfokuskan peranti tersebut.

Selain itu, terdapat ura-ura yang mengatakan acara ini lebih besar dari apa yang disangkakan sebelum ini. Hal ini kerana, permainan video yang besar seperti Final Fantasy 16, Resident Evil, Street Fighter 6 dan God of War: Ragnarok dilaporkan membuat kemunculan dalam acara ini.

Sumber: denofgeek

Gambar utama: bandwagon

Baca juga:

  • Antutu: Ini Senarai Telefon Dengan Prestasi Terbaik Dalam Mei 2022
  • Corsair Adalah Jenama Yang Ada RAM Terpantas Ketika Ini
  • Ciri Baharu YouTube Music Ini Akan Mudahkan Pemilihan Lagu

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress