Cara Bayar Zakat Fitrah Guna Aplikasi MAE Dan CIMB Clicks

Umum mengetahui, Zakat Fitrah merupakan zakat yang wajib dibayar oleh umat Islam pada bulan Ramadan. Tempoh pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

{suggest}

Selain pembayaran secara bersemuka, pengguna juga boleh membuat pembayaran secara dalam talian.

Teruskan bacaan selanjutnya bagi mengetahui hukum serta cara pembayaran Zakat Fitrah secara dalam talian mengikut negeri, atau melalui aplikasi MAE dan CIMB Clicks bagi tahun 1445H/2024M.

Hukum bayar Zakat Fitrah secara dalam talian


Mengikut Fatwa di bawah Seksyen 34, hukum pembayaran zakat secara dalam talian adalah harus.

Pembayaran zakat secara dalam talian adalah sah menurut hukum Syarak. Dalam hal ini, akad yang dibuat secara dalam talian iaitu akad melalui tulisan mempunyai kesan yang sama seperti akad yang dibuat secara lisan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan sah zakat fitrah yang dibayar secara dalam talian/online kerana akad yang berlaku dalam keadaan tersebut mempunyai gambaran akad secara tulisan yang dipersetujui para ulama tentang keabsahannya.

Bayar Zakat Fitrah mengikut negeri


Pembayaran zakat fitrah secara dalam talian boleh dilakukan terus melalui portal pusat zakat negeri, berdasarkan yang telah tersedia dan dibuka setakat ini.

  1. Lembaga Zakat Selangor - fpx.zakatselangor.com.my

  2. Pusat Urus Zakat Pulau Pinang - zakatpenang2u.com

  3. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan -  www.zakat2u.com.my/zakat/fitrah 

  4. Majlis Agama Islam Johor - fitrah.maij.gov.my

  5. Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman - jom.zakatkedah.com.my/

  6. Zakat Negeri Perak - ezakat.maiamp.gov.my

  7. Majlis Agama Islam Perlis - bayaran.maips.gov.my

  8. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan - www.zakatns2u.biz/fitrah

  9. Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang - ezakat.muip.gov.my

  10. Pusat Zakat Sabah (MUIS) - appszakat.sabah.gov.my/zakatfitrah

  11. Pusat Zakat Melaka -pay2.izakat.com


Bayar Zakat Fitrah melalui MAE


1. Buka aplikasi MAE, klik "Pay Bills" di bahagian Quick Action > masukkan kata laluan dan pilih "Zakat".



2. Kemudian, pilih pusat zakat dan jenis zakat yang berkaitan.



3. Seterusnya, pilih jenis beras > masukkan bilangan tanggungan dan bayaran untuk siapa (bahagian ini mungkin sedikit berbeza mengikut pilihan pusat zakat). Masukkan nombor telefon.



5. Akhir sekali, lafaz untuk diri sendiri atau berserta tanggungan (sekiranya ada) dan tekan "Pay Now" untuk pembayaran.


Bayar zakat fitrah melalui CIMB Clicks


Bagi yang tidak mempunyai akaun MAE/Maybank, bayaran zakat secara dalam talian juga boleh dilakukan melalui laman web atau aplikasi CIMB Clicks.

1. Log masuk ke laman web CIMB Clicks > klik "Pay and Transfer" > "Pay Bills" ATAU log masuk Aplikasi CIMB Clicks > Payments > Pay Bills.



2. Pilih "Biller name" (sila rujuk di bahagian "Majlis Negeri" dalam jadual INI untuk nama pusat zakat negeri masing-masing.)



3. Untuk meneruskan pembayaran, sertakan maklumat seperti di bawah:

  • Nama pembayar

  • Nombor kad pengenalan

  • Jenis Zakat/Kod Zakat (taip "Zakat Fitrah" di aplikasi CIMB Clicks/pilih "Zakat Fitrah" dari pilihan yang tertera di laman web CIMB Clicks)

  • Tahun membayar zakat

  • Nombor telefon

  • Alamat kediaman


4. Masukkan kadar zakat mengikut negeri.



5. Lafazkan niat "Inilah wang sebagai menunaikan zakat yang wajib ke atas diri saya kerana Allah Ta'ala" dan tekan "Approve"  untuk pembayaran.

Selesai. Selamat berpuasa dan menunaikan kewajipan membayar Zakat Fitrah.