" Anda hanya perlu mengecas telefon mudah alih beberapa saat dan ia tidak perlu dicas sehingga seminggu." ujar Nithin Choudhary, salah seorang saintis yang terlibat.
Superkapasitor mampu dicas dengan pantas kerana ia menyimpan tenaga elektrik di permukaan bahan, dan bukannya menggunakan tindak balas kimia seperti bateri lithium-ion.
Pasukan saintis membangunkan bateri ini dengan membalut bahan logam 2D (TMDs) ke wayar nano 1D yang sangat konduktif. Balutan itu hanya setebal beberapa atom sahaja yang akan membiarkan elektron bergerak secara pantas dari teras ke cengkerang. Ini akan menghasilkan bahan yang pantas dicas dengan tenaga yang tinggi serta ketumpatan kuasa yang mudah dihasilkan.
Kajian ini bagaimanapun masih diperingkat awal lagi, dan bateri prototaip ini belum bersedia untuk dikomersilkan. Jika kajian ini berjaya, ia merupakan suatu perubahan besar dalam penghasilan telefon pintar pada masa hadapan.
Sumber: HardwareZone
Berkaitan
- Jualan Mi Band 4 Laku Macam "Pisang Goreng Panas"
- Miliki Samsung Galaxy Note 9 Pada Harga RM3699 Dan RM4599
- Kirin 980 Mungkin Jadi Cip 7nm Pertama Dipasang Pada Telefon Pintar
- Huawei Rasmikan Model Nova 4, Hadir Dengan Kamera 48MP
- SmartTAG Tidak Lagi Dijual, Akan Digantikan Dengan Teknologi RFID
- Xiaomi Malaysia Tawar Promosi Beli 1 Percuma 1
- AirAsia Unlimited Pass Kini Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021
- Huawei Uji AppSearch, Mudahkan Pengguna Muat Turun Aplikasi Tanpa Google Play Store
- Aplikasi Tudder - "Tinder" Untuk Lembu
- TNB Mungkin Akan Ada Pesaing Sebagai Pembekal Elektrik Di Semenanjung