ProMotion adalah nama teknologi Apple untuk ciri skrin kadar segar 120Hz.
Berdasarkan kepada laporan oleh laman Digitimes, barisan model iPhone tahun hadapan dikhabarkan bakal dilengkapi dengan paparan kadar segar 120Hz. Atau Apple lebih kenalinya sebagai teknologi ProMotion.
Ia merupakan peningkatan kadar segar dari 60Hz yang digunakan pada barisan model iPhone yang ada ketika ini. Walaubagaimanapun, paparan dengan kadar degar 120Hz telah pun diperkenalkan oleh Apple pada iPad Pro 10.5 inci dan 12.9 inci gen-2 model 2017 lalu.
Cuma iPad Pro menggunakan paparan LCD manakala iPhone 2020 dijangka akan menggunakan paparan OLED. Dengan paparan 120Hz ia pastinya akan meningkatkan lagi dari kualiti paparan iPhone yang ada ketika ini.
Tetapi iPhone bukanlah telefon pintar terawal yang akan menggunakan paparan 120Hz. Ini kerana model telefon pintar Android Asus ROG phone 2 yang berada di pasaran ketika ini telah lebih dulu menggunakan skrin AMOLED 120Hz.
Malah pada Mei lalu, Sharp telah lebih dulu memperkenalkan model telefon pintar yang dilengkapi paparan dengan kadar segar120Hz pada model Sharp Aquos R3.