Snapdragon 855 Dan Paparan 120Hz Dwi-Takuk Mengiringi Pengumuman Sharp Aquos R3

Sharp, syarikat yang bertapak di Jepun itu memperkenalkan model terbaru iaitu Sharp Aquos R3, menjadi peranti kedua yang mempunyai dwi-takuk selepas produk keluaran bulan November tahun lepas, Aquos R2 Compact.

Sharp Aquos R3 ini didatangi bersama 6.2-inci panel Pro IGZO yang mempunyai resolusi 3120 x 1440 piksel beserta kadar penyegaran di tahap 120hz. Paparan skrin pula didukungi HDR10 dan mempunyai dwi-takuk; satu di bahagian atas dikawasan kamera swafoto 16.3MP, satu takuk lagi dibahagian bawah peranti berfungsi sebagai pengesan cap jari beserta sebagai kekunci utama.



Pada kamera belakang, peranti ini mempunyai kombinasi unit lensa 12.2 MP(f/1.7) dan lensa 20MP (f/2.4). Turut ditambah fungsi AI yang dikhususkan bagi menangkap media seperti AI Live Story dan AI Live Shutter.

https://www.youtube.com/watch?v=cpJFJ7_6h_E

Bagi unit pemprosesan, Sharp Aquos R3 menggunakan Snapdragon 855 dan digabungkan bersama 6GB RAM. Peranti ini menggunakan sistem operasi Android Pie dan mempunyai 128GB storan dalaman.

Peranti ini juga dipasang bersama bateri berkapasiti 3,200 mAh dan mempunyai 11W Qi pengecasan tanpa wayar. Harga dan penawarannya dipasaran masih belum didedahkan lagi.

Sumber: GSM Arena