Barisan 'Laptop' MSI Baharu Diumum, Siap Sedia Untuk Metaverse

Bersempena CES 2022, MSI tidak ketinggalan untuk memperkenalkan barisan komputer riba terbaru mereka. Kesemuanya dilengkapi bersama cip pemprosesan Intel siri H Gen-12 dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 dan ke atas.

Terdapat enam siri yang dikemaskini, iaitu Stealth GS77/66, Raider GE76/66, Vector GP76/66, Crosshair 15, Pulse GL76/66 serta Creator Z16P dan Creator Z17.

Stealth GS77/66




Stealth GS77/66 merupakan siri komputer riba yang berkuasa untuk gaming tetapi pada masa sama ia hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan. Menampilkan warna baharu dan pad sesentuh serta keycap papan kekuncinya turut diperbesarkan agar lebih selesa untuk digunakan. Ia juga dilengkapi 6 pembesar suara dan menyokong pengecasan sehingga 100W.

Komputer riba ini dilengkapi cip sehingga Intel Core i9 12-900H, GPU sehingga RTX 3080 Ti, memori sehingga 32GB RAM yang boleh dinaik taraf sehingga 64GB dan storan dalaman 1TB PCIe Gen 4 SSD.

Lain-lain spesifikasi adalah seperti paparan FHD 360Hz atau QHD 240Hz atau 4K yang mempunyai 100% Adobe RGB, sokongan Thunderbolt 4, USB-C, 2x USB-A, 2.5Gbps Ethernet dan HDMI 2.1

Raider GE76/66




Bagi anda yang mahukan komputer riba berprestasi tinggi dan menampakkan ciri-ciri gaming, ini sesuai untuk anda.

Spesifikasinya menampilkan cip sehingga Intel Core i9-12900HK, GPU sehingga RTX 3080 Ti, 32GB RAM DDR5 dan 1TB SSD storan dalaman. Paparannya ada pilihan FHD 360Hz sehinggalah Ultra HD 120Hz atau resolusi 4K.

Bukan itu sahaja, terdapat pencahayaan RGB pada bahagian depan komputer riba ini. Selain itu, turut didatangkan port Thunderbolt 4, USB-C, USB-A, 2.5Gbps Ethernet, HDMI 2.1, pembaca kad SD dan bicu audio.

MSI Vector GP76/66




Beralih pada siri Vector GP76/66, siri ini adalah barisan terbaru bagi MSI untuk tahun ini. Ia hadir dengan cip Intel Core i9-12900HK dan Core i9-12900H bagi GP66. Didatangkan dengan sistem penyejukan MSI Cooler Boost 5 Technology.

Bersama-samanya juga dilengkapi GPU RTX 3080 8GB GDDR6, memori 32GB RAM dan storan dalaman 1TB SSD. Terdapat pilihan paparan sama ada FHD 360Hz atau Quad HD 240Hz bagi GP76. Sementara GP66 pula FHD 144Hz atau 360Hz.

Lain-lain spesifikasi adalah seperti port mini DisplayPort 1.4, HDMI 2.1, 3x USB-A, USB-C, bicu audio dan 2.5Gbps Ethernet.

MSI Crosshair 15




Komputer riba MSI ini menampilkan kemasan bertemakan permainan Rainbox Six Extraction. Dilengkapi cip Intel Core-17 12700H, RTX 3070 GPU, memori 16GB RAM dan storan 1TB SSD. Paparannya pula adalah beresolusi QHD 165Hz.

Sementara MSI Crosshair 15 standard, dilengkapi cip sehingga Intel Core i9-12900H, GPU RTX 3070 Ti, memori sehingga 32GB RAM, storan 1TB dan paparan FHD berkadar segar semula 360Hz.

Port yang hadir adalah termasuk HDMI 2.0, Gigabit Ethernet, 1x USB-C, 3x USB-A dan bicu audio.

MSI Pulse GL76/66




Komputer riba bajet ini juga dikemaskini MSI. Hadir dengan cip sehingga Intel Core i7-12700H, GPU sehingga RTX 3070, memori 16GB RAM yang boleh dinaik taraf dan storan dalaman 1TB SSD.

Konfigurasi paparan termasuk FHD 144Hz tetapi boleh juga memilih paparan yang mempunyai kadar penyegaran 360Hz. Bersama-samanya lagi HDMI 2.0, Ethernet 1Gbps, USB-C, 3x USB-A dan bicu audio.

MSI Creator Z16P dan Creator Z17




Seperti namanya, ia mengkhususkan buat golongan pencipta kandungan. Paparannya bernisbah 16:10 dengan resolusi QHD, kadar sefar semula sehingga 165Hz dan format warna 100% DCI-P3.

Didatangkan bersama cip sehingga Intel Core i9-12900H, GPU sehingga RTX 3080 Ti 16GB GDDR6, memori sehingga 64GB DDR5 dan 2TB SSD storan dalaman.

Bagaimanapun, ketersediaan komputer riba ini buat pasaran Malaysia belum diketahui lagi. Akan tetapi bagi siri-siri lain, ia bakal memasuki pasaran tempatan bermula penghujung bulan Januari 2022.

'Laptop' MSI Yang Bersedia Untuk Metaverse




Selain memperkenalkan kemas kini terbaru komputer riba mereka, MSI juga kini mempunyai visi MSI Gameverse. Katanya, kesemua siri tersebut merupakan "Meta-ready laptops". Tidak kira jika pengguna adalah pencipta kandungan atau pengguna realiti maya (VR).

Sekiranya anda tidak tahu, banyak syarikat yang sebenarnya sudah bersedia dengan Metaverse seperti mana diumumkan Mark Zuckerberg. Anda boleh mengetahui apa itu Metaverse melalui pautan INI.

Sumber: Siaran Akhbar MSI

Baca juga: