Barisan Komputer Riba Terbaru Asus Siri ROG Zephyrus & STRIX Akan Dipasarkan Pada Bulan Mei dan Jun Depan

6 Pilihan komputer riba terbaru berprestasi tinggi dari Asus khusus untuk peminat tegar permainan komputer.


Asus akan mula memasarkan barisan produk terbaru kategori komputer riba Republic Of Gamers (ROG) mereka bermula dari bulan Mei dan Jun nanti.

Barisan produk berprestasi tinggi ini terdiri daripada 6 komputer riba Siri ROG Zephyrus dan STRIX yang dilengkapi dengan perkakasan yang dinaik taraf dari model-model sebelumnya.

ROG Zephyrus S (GX502)


Komputer riba Asus Siri ROG Zephyrus S (GX502) akan dilengkapi dengang cip pemprosesan Generasi ke-9 Intel Core i7-9750H, pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX  (2070 8GB GDDR6 atau NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6) serta paparan bersaiz 15.6" (240Hz).



Kapasiti RAM pula boleh dinaik taraf sehingga 32GB (DDR4 2666MHz). ROG Zephyrus S (GX502) ini akan mula berada dipasaran dalam bulan Jun ini.

ROG Zephyrus M (GU502)


Asus ROG Zephyrus M GU502 pula adalah komputer riba ultra nipis yang dilengkapi dengan pakej lengkap dari aspek gaya, prestasi dan nilai kepada pengguna.

Ia turut dikuasakan oleh cip Intel Generasi ke-9 Intel Core i7-9750H serta saiz paparan 15.6" FHD (240Hz). Grafiknya pula dikuasakan oleh NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6 atau NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti 6GB GDDR6 serta menyokong kapasiti RAM sehingga 32GB.



Zephyrus M GU502 akan berada dipasaran dalam bulan Mei ini yang berharga dari USD1,899.00.

ROG Zephyrus G (GA502)


Untuk Siri ROG Zephyrus G (GA502), ia dilengkapi dengan cip pemprosesan dari AMD Ryzen 7 3750H serta skrin bersaiz 15.6" FHD (60Hz).

Grafiknya pula dikuasakan oleh NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti 6GB GDDR6 dan menyokong kapasiti RAM sehingga 32GB DDR4 2400MHz.



Terdapat dua model yang boleh dipilih iaitu ROG Zephyrus G (GA502DU-BR7N6) yang berharga dari USD1,199.00 atau ROG Zephyrus G (GA502DU-PB73) berharga dari USD1,099.00.

ROG STRIX SCAR III dan ROG Strix Hero III


Pada bulan lepas, Wiser telah pun membuat review tentang komputer riba Asus ROG Strix SCAR II.

Tetapi Asus bakal hadir dengan versi terbarunya pada bulan Jun nanti, ROG Strix Scar III. Terdapat 3 pilihan model yang boleh dipilih iaitu ROG Strix Scar III (G531), ROG Strix Scar III (G731) dan ROG Strix Hero III (G531).

Bagi model ROG Strix Scar III (G531) dan  ROG Strix Hero III (G531), ia didatangkan dengan skrin bersaiz 15.6" FHD (120Hz) serta 3 pilihan kad grafik yang berbeza iaitu NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti GDDR6 6GB atau NVIDIA GeForce RTX 2060 GDDR6 6GB atau NVIDIA GeForce RTX 2070 GDDR6 8GB.



Manakala bagi model ROG Strix Scar III (G731) pula, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 17.3" FHD (144Hz) serta pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB GDDR6 atau NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6 atau NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti 6GB GDDR6.

Pilihan cip pemprosesan bagi ketiga-tiga model pula adalah Intel Core i9-9880H atau i7-9750H atau i5-9300H serta menyokong kapasiti RAM sehingga 32GB.

Harga bagi model ROG Strix Scar III dan Hero III adalah bermula dari US1,699.00.

ROG STRIX G


Bagi model komputer riba Asus ROG STRIX G pula akan didatangkan dengan 2 pilihan saiz paparan iaitu 15.6" FHD (60Hz) untuk ROG STRIX G (G531) dan 17.3" FHD (60Hz) bagi ROG STRIX G (G731).

Cip pemprosesan pula boleh dipilih dari Intel Core i9-9880H, Intel Core i7-9750H, atau Intel Core i5-9300H serta 5 pilihan kad grafik iaitu NVIDIA GeForce GTX 1050 GDDR6 4GB, GTX 1650 GDDR6 4GB, GTX 1660 Ti GDDR6 6GB, RTX 2060 GDDR6 6GB atau RTX 2070 GDDR6 8GB.



Asus Siri ROG Strix G ini akan mula berada dipasaran dalam bulan Mei nanti dan berharga dari USD999.00.

Untuk info lanjut terhadap 6 koleksi model-model terbaru Asus Siri ROG 2019 ini, sila layari laman sesawang rasmi Asus Republic Of Gamers.

Berkaitan