Intel Melancarkan 6 Cip Pemprosesan Intel Core Generasi ke-9 Siri H

Cip berprestasi tinggi generasi terbaru ini  khusus untuk mengkuasakan platfom komputer riba.


Intel baru-baru ini telah melancarkan barisan cip pemprosesan terbaru Intel Core Generasi ke-9 Siri H yang memfokuskan komputer riba berprestasi tinggi.

Menurut Intel, cip tersebut merupakan generasi cip pemprosesan paling berkuasa yang pernah dibangunkan mereka untuk komputer riba.

Intel Core Generasi ke-9 Siri H ini direka bagi para pemain permainan komputer tegar serta mereka yang mahukan komputer riba yang lebih berkuasa dari generasi sebelum ini.

Our new 9th Gen platform is designed to delight gamers, creators and performance users by giving them more of what they want. We are bringing desktop-caliber performance with up to 5 Ghz and 8 cores in a range of thinner systems and new level of connectivity with Wi-Fi 6 (Gig+) so users can game or create where they want.” - Fredrik Hamberger, Pengurus Besar Segmen Komputer Riba Premium dan Permainan di Intel.

Kapsyen: Cip Pemprosesan Intel Core Generasi ke-9 Siri H.


Pilihan bagi cip Intel Core Gen 9 Siri H ini bermula dari Intel Core i5, i7 dan i9 (termasuklah versi paling berkuasa i9 HK).

Berikut adalah barisan Intel Core Generasi ke-9 Siri H:-

Walaubagaimanapun, hanya cip Intel Core i9 Siri H sahaja yang dilengkapi dengan teknologi Intel Hyper-Threading (HT).

Intel Core Genereasi ke-9 Siri H ini akan mengkuasakan komputer riba dari pelbagai jenama termasuklah Acer, ASUS, Dell, HP, Lenovo dan MSI bermula dari 23 April 2019 ini.