NVIDIA Melepaskan 3 Demo Permainan Bagi Menunjukkan Kehebatan Teknologi Ray Tracing mereka

Rasai pengalaman visual mengagumkan dari 3 demo permainan ini dengan menggunakan kad grafik GeForce RTX dan GeForce GTX.


NVIDIA hari ini telah melepaskan 3 demo permainan secara percuma kepada pemain permainan komputer yang mengunakan perkakasan kad grafik GeForce RTX dan GTX.

3 Demo tersebut adalah Atomic Heart, Justice dan Reflections yang sudah boleh dimuat turun dari laman muka rasmi NVIDIA GeForce RTX.

Demo ini bertujuan memperlihatkan kehebatan teknologi Ray Tracing kepada pemain, khusus untuk model kad grafik GeForce RTX dan GTX supaya mereka dapat merasai lebih awal prestasi visual mengkagumkan yang dicapai oleh teknologi tersebut.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=63&v=1ZeDVEvjWPI

Setiap demo permainan itu mempunyai kemampuan dan kelebihan teknologi Ray Tracing ketika permainan tersebut dimainkan.

Ia secara khusus mempertontonkan prestasi visual yang memfokuskan kepada perincian terhadap visual bayang, refleksi imej serta teknologi NVIDIA DLSS (Deep Learning Super Sampling).

Anda boleh melihat contoh perbezaan kualiti visual apabila Ray Tracing dan DLSS diaktifkan dan ditutup di laman muka NVIDIA.

Game Ready Driver


Selain 3 demo tersebut, pihak NVIDIA juga hari ini turut melepaskan Game Ready Driver untuk semua pemain permainan komputer yang menggunakan kad grafik GeForce GTX.

Sekaligus buat pertama kalinya, mereka turut dapat merasai pengalaman kualiti visual mengagumkan melalui teknologi ray tracing ini.

Untuk lebih faham lagi apa yang dimaskudkan dengan teknologi ray tracing serta kelebihannya, anda boleh tonton video penerangan dari pihak NVIDIA.

https://www.youtube.com/watch?v=476N4KX8shA&feature=youtu.be