Barang Palsu Dota 2 Digunakan Untuk Menipu Pemain Mereka

Beberapa pemain Dota 2 mendakwa mereka telah ditipu oleh beberapa pemain Climber yang juga berada di platfom Steam. Climber merupakan salah satu permainan yang terdapat di platfom Steam yang boleh dibeli dengan harga $1 (RM 4.06).

Kejadian berlaku apabila pemain Dota 2 ditawarkan satu barang yang menyerupai barangan Dota 2 yang dipanggil Dragonclaw Hook. Barang tersebut yang merupakan barangan immortal untuk Pudge. Dragonclaw hook mula didapati pada awal tahun 2013 dan kini tidak lagi boleh dibeli di luar pasaran komuniti Steam.

Barangan bernilai sehingga RM 3,251 ini telah diciplak oleh Climber dan kemudiannya telah dijual kepada pemain Dota 2. Mengikut imej yang dikongsikan oleh pengguna Reddit, angelof1991, hook palsu oleh Climber ini menggunakan imej dan deskripsi yang sama seperti yang digunakan oleh permainan Dota 2:



Kapsyen: Imej oleh mage203


Walau bagaimanapun, permainan Climber tidak lagi boleh diakses di platfom Steam. Tidak dapat dipastikan samada pihak Valve sendiri sudah mengambil tindakan menutup permaianan tersebut atau pembangun permainan tersebut sudah menghilangkan diri.

Sumber