Isu ini mula timbul selepas seorang pengguna, Lisa Neilson menyatakan sesiapa sahaja boleh mengimbas cap jari pada peranti milik beliau dan seterusny nyahkunci skrin berjaya dilakukan. Perkara ini dibuktikan apabila suami beliau mencubanya dengan kedua-dua cap jari yang tidak didaftarkan.
Hal ini terjadi dikatakan adalah dari kesan penggunaan pelindung skrin paparan berasaskan gel keluaran pihak ketiga yang digunakan oleh pengguna peranti tersebut yang dibelinya daripada eBay.
Ekoran masalah ini juga, Kakao Bank, perbankan dalam talian di Korea Selatan turut meminta pelanggan mereka supaya mematikan fungsi imbasan cap jari tersebut.
Difahamkan, pihak Samsung sedang menyiasat perkara tersebut dan menyarankan pengguna supaya menggunakan pelindung skrin keluaran rasmi syarikat mereka. Dalam pada itu, Samsung juga dikatakan bakal mengeluarkan kemaskini baik pulih untuk mengatasi masalah sensor imbasan cap jari itu.
Sumber: The Sun
Berkaitan
- Iklan Samsung Galaxy S10 Disertakan Dengan Panel Pengecas Tanpa Wayar
- Android Oreo 8.0 Mula Ditawarkan Kepada Pemilik Galaxy S8 Dan S8+ Di Malaysia
- Jangan Cas Jam Pintar Samsung Gear S3 Selain Dari Pengecas Asal
- Servis Baik Pulih Percuma Kepada Pelanggan Samsung Yang Menjadi Mangsa Banjir Di Kedah Dan Pulau Pinang
- Samsung Dilapor Akan Mengeluarkan Telefon Bersaiz Kompak Dengan Bingkai Nipis
- Samsung Mungkin Sedang Bangunkan Telefon Pintar Dengan Kamera 108MP
- OpenSignal - Pengguna Peranti Samsung Rasai Muat Turun Lebih Laju Berbanding Huawei Dan Apple
- Larangan Eksport Jepun Keatas Korea Mungkin Jejaskan Pembuatan Galaxy Note 10
- Samsung Patenkan Sistem Imbasan Tapak Tangan
- Samsung Galaxy Note9 Peranti Pakej Lengkap