Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Akan Melepaskan Kemas Kini Minggu Depan Bagi Menangani Isu Imbasan Cap Jari

Samsung Akan Melepaskan Kemas Kini Minggu Depan Bagi Menangani Isu Imbasan Cap Jari

Diterbitkan Oktober 18, 2019 · Dikemas kini Oktober 18, 2019 oleh ariff bukhari

Pengguna telefon pintar Samsung Galaxy Note10/10+ dan S10/S10+/S10 5G dinasihatkan memadam cap jari yang didaftarkan pada peranti buat sementara waktu.

Susulan daripada laporan pengimbas cap jari Samsung Galaxy S10 yang didakwa boleh menimbas cap jari yang tidak didaftarkan kerana penggunaan aksesori pelindung skrin silikon, Samsung hari ini memaklumkan bahawa mereka sudah pun mengenal pasti masalah tersebut.

Samsung menyatakan, isu ini berlaku apabila ciri pengimbas cap jari ultrasonic pada peranti tersebut mengenal pasti kesan paten cap jari 3 dimesi yang ditinggalkan penggunanya pada sebahagian aksesori pelindung skrin silikon.

Bagi menangani isu itu Samsung berkata, mereka akan melepaskan kemas kini seawal minggu depan kepada para pengguna telefon pintar mereka.

Samsung juga menasihatkan khususnya kepada para pengguna model telefon pintar Galaxy Note10/10+ dan S10/S10+/S10 5G supaya memadam kesemua imbasan cap jari yang didaftarkan di dalam peranti mereka dan mengimbas semula cap jari selepas kemas kini tersebut dilepaskan.

“A software update is planned to be released as early as next week, and once updated, please be sure to scan your fingerprint in its entirety, so that the all portions of your fingerprint, including the center and corners have been fully scanned.” Samsung.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY