Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Baidu Tidak Gentar Jika Google Kembali Ke China

Baidu Tidak Gentar Jika Google Kembali Ke China

Diterbitkan Ogos 8, 2018 · Dikemas kini Ogos 8, 2018 oleh Haikel Areff

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang rancangan Google untuk kembali ke pasaran China dengan satu enjin carian yang ditapis. Ia seolah-olah menandakan usaha Google untuk mendapat kembali akses ke negara berkenaan selepas disekat pada tahun 2010.

Baidu Tidak Gentar Jika Google Kembali Ke ChinaKredit : TechNode

Walaupun Google adalah enjin carian paling popular di dunia ketika ini, enjin carian utama di China, Baidu tidak gentar sekiranya Google diterima kembali di negara tembok besar tersebut. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Robin Li menerusi akaun WeChatnya menyatakan bahawa mereka yakin dapat mengalahkan Google dan mengekalkan penguasaan mereka di China.

Bagaimanapun, menerusi satu undian yang dijalankan di laman Weibo, Google nampaknya jauh meninggalkan pesaingnya itu. Walaupun undian itu telah dipadamkan, seorang pengguna Twitter, Matthew Brennan sempat membuat tangkapan skrin keputusan undian berkenaan.

This poll seems to have been deleted from #Weibo already, screenshots made their way into some of my WeChat groups. "If Google came back (to China), #Google and #Baidu, which would you choose?" pic.twitter.com/1typ2vyDEA

— Matthew Brennan (@mbrennanchina) August 7, 2018

Undian tersebut menunjukkan bahawa 85.7% daripada pengundi telah memilih Google sebagai enjin carian pilihan mereka, berbanding hanya 6.6% yang masih memilih Baidu. Manakala 7.7% daripada mereka tidak kisah untuk menggunakan mana-mana enjin carian.

 

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY