LZPlay menyediakan kemudahan memasang Google PlayStore pada siri Mate 30 dengan kaedah yang mudah.
Tidak lama selepas itu, ia mendapat perhatian ramai selepas pengasas Magisk, John Wu menimbulkan keraguan terhadap laman tersebut.
Menurut Wu, LZPlay menggunakan beberapa kebenaran Android yang hanya terdapat pada peranti Huawei, termasuklah kebenaran untuk memasang aplikasi lain sebagai aplikasi "sistem".
Kebenaran ini amat diperlukan kerana sesetengah aplikasi Google dikehendaki menjadi aplikasi sistem tetapi oleh kerana halangan penggunaan Google, Huawei Mate 30 Pro tidak mempunyainya.
Menuruti beberapa laporan, Huawei dikatakan menjelaskan yang mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dengan LZPlay. Setelah pendedahan daripada John Wu dilakukan, laman LZPlay dikatakan sudah tidak boleh diakses lagi.
Menghangatkan lagi keadaan, terdapat juga laporan yang menyatakan model Mate 30 Pro yang sudah dipasang dengan aplikasi Google tidak melepasi ujian SafetyNet yang mana ia merupakan kaedah yang digunakan oleh Google untuk memastikan sesebuah peranti itu adalah sah, selamat dan tidak di-root.
Saya berkesempatan berbual dengan pihak Huawei dalam satu sesi hisap rokok- dan berkesempatan bertanyakan tentang ketiadaan aplikasi sosial media gergasi seperti Facebook, Instagram dan Youtube.
Mereka menjawab, kesemua aplikasi tersebut akan tersedia pada Huawei App Gallery dalam masa terdekat.
Namun aplikasi dari Google seperti Youtube dan sebagainya, pengguna boleh mengakses melalui carian laman sesawang.
Pada mereka ia bukan isu besar kerana teknologi 5G sudah menghampiri untuk penggunaan sesawang yang lebih lancar dengan sambungan internet yang lebih laju.
Dengan ketiadaan LZPlay, nampaknya pengguna masih belum mempunyai kaedah lain untuk memasang Google Play Store ke dalam siri Mate 30 memandang Huawei tidak membenarkan nyahkunci Bootloader.
Apa pandangan anda?
Berkaitan
- Konsol Permainan Video Google Semakin Hampir Menjadi Kenyataan
- Huawei Mate 10- Pandangan Tertiris Mengambarkan Bagaimana Rupa Peranti Ini
- Pra Tempah Siri Huawei Mate 30 Dengan Digi Dan Nikmati Hadiah Bernilai RM656
- OnePlus 5 Sah Mempunyai Dwi Kamera Utama dan Cip Pemprosesan 835
- Sokongan Pengecasan Pantas Tanpa Wayar Google Pixel 3 Hanya Pada Dek Pengecas Yang Diiktiraf Sahaja
- Microsoft Benam Pusat Data Dalam Ujian Projek Natick Di Perairan Scotland
- Huawei Mate 30 RS Porche Turut Diperlihatkan Dalam Acara Perasmian
- Lagi Spesifikasi Redmi Note 7 Pro Mungkin Didedahkan Oleh CEO Mereka di Laman Weibo
- Samsung Malaysia Adakan Promosi Jualan Sempena Ulang Tahun Ke 50
- "Anda Boleh Mendaratkan Pesawat Diatasnya" - Samsung Usik Google Mengenai Rekaan Takuk Pixel 3XL