Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Backbone One PS

Main ‘Game’ PS5 Atau PS4 Guna iPhone Kini Lebih Mudah Dengan Backbone One

Diterbitkan Julai 29, 2022 oleh Amsyar Latif

Backbone merupakan sebuah syarikat pengeluar alat kawalan (controller) untuk platform iOS dan Android, yang digelar Backbone One. Terbaru, mereka bekerjasama dengan Sony dan memperkenalkan Backbone One edisi PlayStation.

Alat kawalan tersebut dibina berasaskan rupa bentuk alat kawalan PlayStation 5 DualSense. Bermakna, warna dan bentuk butang juga mirip controller PS5. Ia turut mempunyai bicu audio 3.5mm yang mana memudahkan pemain menggunakan fon kepala berwayar.

Malah, ia juga tidak mempunyai bateri kerana Backbone ini mengambil sumber kuasa daripada iPhone menerusi port lightning.

Dari segi peranti, Backbone One menyokong iPhone bersaiz kecil (mini) sehinggalah gergasi (max).

Dengan alat kawalan ini lagi, pemain mudah menggunakan PS Remote Play bagi memainkan permainan PS5 mahupun PS4. Sekiranya anda tiada PlayStation, jangan risau kerana ia turut menyokong permainan dari App Store dan lain-lain termasuk Genshin Impact, Fantasian, COD: Mobile dan banyak lagi.

Buat masa sekarang, alat kawalan Backbone One edisi PlayStation yang berharga USD99.99 (~RM445) ini terhad di beberapa negara sahaja. Sama ada ia ditawarkan di Malaysia atau tidak masih belum diketahui lagi.

Sumber: Backbone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY