Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
starlink

Wakil Starlink Sah Akan Ke Malaysia, Rundingan Dengan SpaceX Dan Starlink Sedang Berjalan

Posted on Mei 20, 2022Mei 20, 2022

Minggu lalu, kami telah dedahkan bahawa perkhidmatan internet melalui satelit disediakan Starlink akan tersedia di Malaysia seawal 2023.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengesahkan hal ini dengan mengatakan kerajaan sedang meneliti (berkaitan dasar) cadangan dikemukakan Starlink sebelum ia diperkenal di Malaysia secara rasmi.

“Wakil Starlink akan berada di Malaysia pada minggu hadapan untuk memperhalusi cadangan ini, dan kita harap ini dapat dimuktamadkan dalam masa yang terdekat kerana mereka sudah bersedia datang ke Malaysia, membawa teknologi baharu ini bagi kepentingan ekonomi negara,” kata beliau yang kini di Amerika Syarikat.

Malaysia kini mempunyai syarikat tempatan yang berpengkalan di Johor yang menjadi pengeluar utama komponen penting untuk satelit Starlink.

Kata menteri lagi, kedua-dua syarikat Elon Musk iaitug SpaceX dan Starlink mahu melihat rantaian bekalan ini dapat dikembangkan dalam kalangan syarikat tempatan.

Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman memaklumkan rundingan dengan SpaceX dan Starlink kini berada di peringkat pertengahan.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Internet Melalui Satelit, Starlink Kini Tersedia Untuk 32 Negara
  • Elon Musk Belum Masuk Pejabat Tapi CEO Twitter Sudah Pecat Dua Pegawai Tertinggi Secara Mengejut
  • Foxconn Capai Persetujuan Dengan Syarikat Malaysia, Ada Kebarangkalian Buka Kilang Di Kulim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress