Sudah dibualkan sejak sekian lama, OnePlus 6T kini akhirnya sudah rasmi dipasaran. Disebut sebagai model yang ditambah baik berbanding model OnePlus 6, pra-tempahannya sudah pun mula dibuka bermula dengan nilai RM2588. Ia hadir dengan skrin AMOLED 6.41 inci beserta rekaan takuk lebih kecil. Bahagian dalamannya dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, dan beberapa variasi memori;…
Pengarang: Helmi Samsuri
OPPO Buat Ujian Akses Internet 5G, Mahu Jadi Yang Pertama Keluarkan Telefon Pintar 5G
Sambungan 5G sudah lama dibualkan dan berdasarkan perkhabaran-perkhabaran dari pengeluar telefon pintar, perati dengan sokongan rangkaian 5G bakal muncul bermula tahun hadapan. Terbaru, OPPO dilaporkan sudah selesai menjalankan ujian akses 5G. Ujian akses ini dilakukan pada peranti 5G pra komersil yang disediakan berdasarkan Oppo R15, disesuaikan dengan komponen 5G bersepadu sepenuhnya termasuk papan sistem, RF, RFFE…
Paynet, Soft Space Akan Lancar Aplikasi Bagi Pembayaran Melalui Kad
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bekerjasama dengan Soft Space Sdn Bhd (Soft Space) akan melancarkan Fasstap, aplikasi mudah alih yang membolehkan perniagaan kecil dan pemilik tunggal untuk menerima pembayaran melalui kad MyDebit. Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser berkata kerjasama tersebut sejajar dengan objektif syarikat untuk menjadikan pembayaran tanpa tunai dapat digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia. PayNet…
CEO Xiaomi Dan Huawei Saling Berlawan Hujah Tentang Kamera Mana Yang Lebih Baik
Semua sedia maklum bahawa Huawei P20 Pro mengungguli carta penanda aras DxOMark bagi prestasi kamera mudah alih terbaik. Sejak dilancarkan, masih belum ada telefon pintar yang berjaya memintas kedudukan Huawei P20 Pro. Namun begitu, ketika mengumumkan kehadiran Mi Mix 3, CEO Xiaomi, Lei Jun telah menyatakan konfigurasi kamera perantinya itu lebih baik berbanding Huawei P20…
Xiaomi Umum Bangunkan Permainan Mudah Alih Mirip Fortnite Dan PUBG
Permainan genre Battle Royale sudah mula meniti dibibir penggemar permainan mudah alih sejak setahun yang lalu. Dua permainan yang popular dimainkan seperti PUBG dan Fortnite berjaya menggumpulkan sejumlah besar pemain dari serata dunia. Bagi memberi saingan dalam pasaran itu, Xiaomi telah mengumumkan pembangunan permainan mudah alih dikenali sebagai Survival Game. Pengumuman telah dibuat melalui forum…
Huawei Tidak Umum Markah DxOMark Siri Mate 20 Kerana Ia Terlalu Tinggi
Siri Mate 20 telah dilancarkan secara rasmi pada 17 Oktober lalu yang berlangsung di London. Ia kemudiannya dibawa masuk untuk pasaran China kelmarin. Timbul sedikit persoalan dalam kalangan peminat dimana pada kedua-dua acara pengenalan, Huawei tidak berkongsi markah DxOMark bagi sistem kamera siri Mate 20. Menjawab persoalan itu, Huawei menyatakan mereka memang tidak mempunyai rancangan…
