Francais permainan popular, Diablo telah diumumkan bakal hadir pada platform Android dan iOS. Penampilan kali pertama pada peranti mudah alih melalui Diablo Immortal ini akan memberikan pemain pelbagai kelas karakter seperti Wizard, Barbarian, Demon Hunter, Crusader, Monk, dan Necromancer. Setiap kelas membawakan keupayaan dan kuasa baru. Dalam pada itu, bagi pemain yang sudah lama memainkannya…
Pengarang: Helmi Samsuri
Pengguna Huawei Mate 20 Pro Mengadu Masalah Skrin Menjadi Hijau
Diperkenalkan pada pertengahan Oktober yang lalu, Siri Mate 20 sememangnya mendapat pujian daripada ramai peminat peranti mudah alih. Disebut sebagai salah satu telefon pintar terbaik 2018, baru-baru ini terdapat aduan daripada beberapa pengguna yang mendakwa Mate 20 Pro mereka mengalami masalah kehijauan pada skrin. Warna hijau muncul disekeliling skrin apabila pemilik ingin melihat kandungan yang…
Kerajaan Digesa Perluaskan Pelan Gentian Optik Ke Prasarana Lain
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) perlu diperluaskan ke prasarana lain di Malaysia, terutamanya sekiranya negara mahu bersiap sedia melaksanakan teknologi Generasi Kelima (5G), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan edotco Suresh Sidhu. Beliau berkata prasarana menara negara sekarang masih kurang disepadukan dengan gentian optik dan hanya kira-kira 30 peratus hingga 40 peratus menara di negara ini disepadukan dengan gentian optik. “Adalah penting untuk memastikan negara dilengkapkan dengan prasarana telekomunikasi yang betul. “Bagi memenuhi aspirasi harga dan kelajuan kita perlu menggalakkan lebih banyak perkongsian prasarana dan penggunaan akses wayales tetap,” kata Suresh dalam satu kenyataan. Dalam Belanjawan 2019…
Buat Emoji Menggunakan Aplikasi Gboard
Minggu lalu, Google telah menyerikan lagi aplikasi Gboard mereka dengan Emoji Minis, pelekat emoji berasaskan wajah anda. Emoji ini dicipta menggunakan teknik pembelajaran mesin dan ia bakal menjadikan perbualan mesej anda lebih menarik. Pelekat emoji itu boleh diubah suai mengikut citarasa pengguna. Berikut cara-cara untuk membuat pelekat emoji dari aplikasi kekunci Gboard. 1. Tekan butang…
KFC Sediakan Pembayaran Maybank QRPay Di Restoran
Maybank dan KFC hari ini telah menjalinkan kerjasama bagi membawakan sistem pembayaran tanpa tunai melalui kod QR dirangkaian restoran popular itu. MaybankQRPay pertama kali dilancarkan pada Disember tahun lalu, memberikan pilihan pembayaran tanpa tunai kepada pengguna. Penawaran sistem bayaran ini selari dengan jangkaan Bank Negara mengenai Malaysia bakal menjadi sebuah masyarakat tanpa tunai menjelang 2020…
Huawei Kongsikan Cara Mudah Bertukar Dari Telefon Lama Kepada Mate 20
Siri Mate 20 keluaran Huawei sedia diperkenalkan untuk pasaran Malaysia hujung minggu lalu. Rata-rata peminat menunjukkan minat terhadap peranti flagship keluaran syarikat China itu. Walaupunbegitu, masih terdapat peminat yang takut-takut untuk bertukar kepada model baru tersebut. Bukan kerana tiada duit, tetapi tidak tahu cara mudah untuk memindahkan data daripada telefon pintar lama kepada yang baru….
