Sepertimana yang semua sudah maklum, peraturan baru e-Hailing yang memerlukan pemandu perkhidmatan memiliki lesen PSV bakal bermula pada 12 Julai ini. Kini terdapat kemungkinan harga tambang yang akan dikenakan kepada penumpang akan meningkat sehingga 50% berbanding harga sedia ada. Ini merujuk kepada ramalan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Pemandu E-Hailing Malaysia, (MeHDA) Daryl Chong yang…
Pengarang: Helmi Samsuri
Usaha Malaysia Tingkatkan Sektor Telekomunikasi Diiktiraf Bank Dunia
Slogan “Gandakan kelajuan pada separuh harga” kerap kali disebut-sebut dalam pasaran telekomunikasi dalam negara masa kini. Ia memperlihatkan keinginan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diterajui YB Gobind Singh Deo supaya perkhidmatan tersebut dapat dinikmati rakyat pada harga yang lebih berbaloi. Sejak pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian pada tahun lalu, pengguna telah ditawarkan…
Naib Presiden Xiaomi Perlihatkan Ciri Kalis Percikan Air Redmi K20 Pro
Media sosial sentiasa dipenuhi dengan cabaran-cabaran untuk menunjukkan kemahiran invidu dan antara cabaran yang terbaru adalah #BottleCapChallenge, membuka penutup botol dengan apa cara sekalipun. Xiaomi India juga tidak ketinggalan untuk menyertai cabaran tersebut dimana Naib Presiden Xiaomi India, Manu Kumar Jain, memperlihatkan dua ciri yang ada pada peranti Redmi K20 Pro. Ciri yang dimaksudkan adalah…
Google Uji Butang Kawalan Pada Bar URL- Bolehkan Pengguna Kawal Media Yang Dimainkan Pada Tab Berlainan
Ketika melayari web melalui Google Chrome, pengguna mungkin juga memainkan media seperti muzik di YouTube sementara melakukan perkara lain pada tab yang berlainan. Bagi memudahkan pengguna mengawal muzik atau video yang dimainkan itu, Google kini dilaporkan sedang menguji ciri dipanggil sebagai Global Media Controls, yang mana butang kawalan akan dipaparkan pada bar URL. Ia ujian…
Realme 2 Dan Realme C1 Mula Dinaik Taraf Kepada Android Pie 9
Mula melepaskan ColorOS 6 berasaskan Android Pie 9 beta untuk Realme 2 kira-kira kurang sebulan yang lalu, versi stabil kini dikatakan sudah mula diberikan kepada pemilik peranti. Naik taraf baru itu hadir dengan saiz 2GB serta membawakan beberapa perubahan. Turut sama menerima kemaskini tersebut adalah model Realme C1 yang pertama kali dilancarkan di Malaysia pada…
Bitcoin Guna Tenaga Elektrik Lebih Banyak Dari Switzerland
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Cambridge, Bitcoin menggunakan tenaga elektrik lebih banyak berbanding keseluruhan Switzerland. Menerusi alatan dalam talian yang dikenali sebagai Cambridge Bitcoin Eletricity Consumption Index (CBECI), ia akan menganggar kadar tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan rangkaian Bitcoin dalam masa sebenar. Ia kemudiannya digunakan untuk membuat pengiraan bagi…
