Skandal pelanggaran privasi pengguna nampaknya terus menghantui Facebook. Terbaru, mereka telah membuat pengakuan bahawa mereka membenarkan pihak ketiga untuk mengakses private message(PM) penggunanya. Antara pihak ketiga yang diberikan akses oleh mereka ialah Spotify dan Netflix. Facebook mendakwa akses itu diberikan bagi membenarkan pengguna menghantar pesanan melalui Facebook PM tanpa perlu keluar dari aplikasi pihak ketiga…
Pengarang: Haikel Areff
TNB Bakal Umum Maklumat Lanjut Mengenai Projek Jalur Lebar Pada Januari 2019
Seperti yang kita tahu, Tenaga Nasional Berhad atau TNB dikatakan sedang dalam perancangan untuk memasuki pasaran perkhidmatan jalur lebar tidak lama lagi. Membincangkan mengenainya, Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Izman Mohd memberitahu sumber bahawa kita akan mendengar lebih banyak maklumat tentang projek itu pada Januari nanti. TNB ketika ini sedang menjalankan satu projek…
Ketahui Perbezaan Di Antara “Cookies” Dan “Cache”
Cookie(s) dan cache adalah dua terma yang sering kita dengar semasa melayari internet. Hakikatnya, masih ramai yang kurang tahu mengenai apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh dua terma tersebut? Benda yang sama ataupun berbeza? Jadi, untuk menjawab persoalan itu, jom kami bantu anda dalam mengenali dua terma ini dengan lebih rapat lagi. Kedua-duanya merupakan maklumat yang…
Jumlah Pemain PUBG Mobile Kini Menyamai Fortnite
Selepas diiktiraf sebagai permainan video terbaik bagi tahun 2018 oleh Google Play, satu lagi berita baik telah diterima oleh pembangun PUBG Mobile. Mereka kini mempunyai jumlah pemain yang sama taraf dengan pesaing rapatnya, Fortnite. Kedua-dua permainan popular itu dimainkan oleh 200 juta pemain di seluruh dunia, selain turut bersama-sama mempunyai kira-kira 30 juta pemain aktif…
Huawei P20 Pro Antara 3 Model Terbaru Huawei Yang Mula Terima EMUI 9 Di Peringkat Global
Beberapa hari yang lepas, Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa tiga model mereka Honor View 10, Honor 1o dan Honor Play akan menerima kemaskini EMUI 9 dalam masa terdekat. Baru-baru ini, syarikat induknya Huawei pula mengesahkan bahawa tiga model mereka, P20 Pro, P20 dan Mate 10 bakal menikmati kemaskini yang sama di peringkat global. EMUI 9…
Apple Pula Tertangkap Promosi Produk Mereka Menggunakan Peranti Android
Selepas Samsung tertangkap sebanyak dua kali membuat kicauan Twitter menggunakan peranti iPhone dalam masa beberapa hari, kini tiba giliran Apple pula “terkantoi” membuat kesilapan yang sama. Siapa lagi yang membongkar perkara ini selain daripada Youtuber terkenal, Marques Brownlee. Beliau jugalah yang berjaya mengesan kesilapan Samsung sebelum ini. Never thought I'd see the day 🧐 pic.twitter.com/hpubXoIFCX —…
